PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Pengurusan Hal-Ehwal Murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Pengurus/pemimpin sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam FPN bukanlah satu yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik. Untuk mencapai hasrat ini, jawatan khas Guru Penolong Kanan (HEM) telah diwujudkan di sekolah bagi membantu pihak pentadbir (guru besar/pengetua) dalam memainkan peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya khususnya murid/pelajar.
Berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan HEM merupakan satu proses pengendalian resos-resos sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam waktu yang sama ianya dapat memberikan rasa kepuasan, semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi di kalangan ahli-ahli yang terlibat. Dengan bahasa yang mudah pengurusan HEM adalah proses-proses yang berhubungkait dengan:
i. Perancangan kerja atau program bagi murid/pelajar
ii. Pengelolaan murid/pelajar dan program secara berkesan
iii. Pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan
organisasi
iv. Penyeliaan dan penyelarasan aktiviti-aktiviti
v. Pengawalan dan penilaian prestasi murid/pelajar dan program
vi. Penyediaan anggaran belanjawan yang munasabah.
Ada juga yang melihat proses pengurusan dari aspek:
Pembinaan tujuan dan objektif serta program/projek
Pengumpulan resos-resos sama ada manusia atau bukan manusia dan pembentukan prosedur.
Merangkumi kepemimpinan, motivasi, penyeliaan, dan penyelarasan
Berkait dengan laporan maklumbalas, tindak ikut untuk memperbaiki rancangan.
Elemen-elemen penting dalam proses pengurusan HEM:
i. Menyelesaikan masalah
ii. Membuat keputusan
iii. Hubungan manusia
iv. Komunikasi yang efektif
Dengan itu pengurus seharusnya mempunyai kemahiran-kemahiran berikut:
• kemahiran ‘konsepsual’
• kemahiran perhubungan manusia
• kemahiran teknikal
AKTIVITI PENGURUSAN HAL EHWAL MURID