PENGURUSAN BANTUAN
PENGURUSAN BANTUAN
Perancangan ini menjuruskan kepada menjaga kepentingan dan kebajikan murid apabila berlakunya sesuatu musibah, kemalangan atau kematian di kalangan ahli keluarga terdekat dan tindakan yang sewajarnya boleh diambil bagi meringankan beban kewangan atau bantuan yang bersesuaian.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta membasmi keciciran pelajar daripada persekolahan akibat kemiskinan.
Adalah menjadi hasrat KPM untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang berkemampuan dalam mendapatkan peluang serta akses kepada pendidikan yang samarata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).
OBJEKTIF:
1. Memastikan murid-murid yang ditimpa masalah mendapat pembelaan yang sewajarnya.
2. Memastikan anak-anak yatim, susah dan murid-murid miskin mendapat bantuan yang dihulurkan
dengan sama rata.
3. Memastikan setiap murid menyertai Insurans Takaful secara terancang.
4. Memastikan setiap murid mempunyai buku akaun untuk tujuan simpanan.
5. Menggalakkan murid menambah tabungan yang sedia ada.
6. Mengembang dan menyuburkan minat menabung di kalangan murid-murid dan kakitangan.
7. Memastikan murid-murid yang berhak dapat membuat tuntutan mengikut prosedur yang betul.
SASARAN:
Semua murid dan warga sekolah.
JANGKA MASA:
Sepanjang tahun.
KETETAPAN PEKELILING DASAR PENGURUSAN BANTUAN MURID
SPK 3/2017: Pengurusan Kewangan Bagi Biasiswa Sukan
SPK2/2018: Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK)
SPK 1/2019 :Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
SPI 5/2017 : Dasar Pinjaman Buku Teks Kepada Murid Di Bawah Skim PinjamanBuku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia
SPK 2/2016 : Rancangan MakananTambahan Di Sekolah Rendah
SPK 1/2012 : Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas Bagi Murid Dalam Kategori Orang Kurang Upaya (OKU)
SPK BT 19/2012 : Rancangan MakananTambahan Di SekolahRendah
SENARAI TUGAS
Mengenalpasti jenis bantuan yang diperlukan oleh murid.
Mendapatkan senarai murid miskin yang layak mendapat bantuan berdasarkan keutamaan dan keperluan dengan kerjasama guru-guru kelas dan JKKK.
Merekodkan maklumat murid yang menerima bantuan yang telah dikemaskini dan disahkan oleh GB.
Memantau prestasi murid yang menerima bantuan.
Mengurus dan memantau hal ehwal kebajikan murid yang memerlukan bantuan khusus seperti murid miskin, kemalangan, rawatan berterusan, kematian dan bencana alam.
Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan keprihatinan murid terhadap kebajikan.
Menguruskan aplikasi sistem pengurusan bantuan