PUTERI ISLAM
PUTERI ISLAM
PPIM ditubuhkan pada tahun 1960-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Tanah Melayu dan dirasmikan pada 17 Jun 1981 oleh Raja Permaisuri Agong ke-6, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Muhammad. Keanggotaannya terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.
Tujuan dan Visi
Membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi diri secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.
Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat, khususnya puteri, melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.
Mengukuhkan silaturrahim di kalangan puteri dan masyarakat.
PPIM menjalankan pelbagai aktiviti termasuk Khidmat masyarakat seperti bantuan kepada mangsa banjir dan program ziarah hospital.
Kegiatan kokurikulum di sekolah dan institusi pengajian tinggi yang bertujuan untuk meningkatkan disiplin dan kerjasama antara pelajar dan masyarakat.
Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun untuk memperingati penubuhan PPIM. Organisasi ini terus berusaha untuk melahirkan generasi yang beriman dan berakhlak mulia, serta mampu memberi sumbangan positif kepada masyarakat dan negara
Ketua:
Siti Nurzulaikha binti Abdul Ghani
Setiausaha:
Siti Fatihah binti Ismail
AJK:
1. Norhidayu binti Hamzah
2. Rahimah bt Bedullah
3. Siti Nor Nasirah bt Md. Zaik
PUTERI ISLAM