Assalamualaikum wbt.....
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana berkat rahmat-Nya dapatlah saya merakamkan kata-kata di dalam laman Unit HEM SMK Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan.
Langkah menerbitkan laman HEM ini menunjukkan satu usaha positif dan proaktif bersesuaian dengan perkembangan dunia yang pesat di bawa arus teknologi maklumat dan komunikasi.
Semoga laman HEM ini menjadi wadah untuk warga sekolah berkomunikasi antara satu sama lain dan melaluinya juga warga sekolah dapat berkongsi maklumat di bawah unit HEM.
Saya amat berharap agar semua warga SMK TAMAN SEMARAK memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan laman HEM ini dan dapat memanfaatnya secara positif dan kreatif.
Saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan laman HEM ini. Semoga sumbangan semua pihak ini dapat dimanfaatkan oleh warga SEMARAK.
PUAN NOR AZLINDA BINTI MOHD YUNUS
GPK HEM SMKTS