SILA LAYARI LAMAN WEB JPINT UNTUK MAKLUMAT LANJUT
UNIT HAL EHWAL MURID (HEM) JPINT
Unit Hal Ehwal Murid (HEM), Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu merupakan sebuah unit yang terletak di bawah Bahagian Operasi dan Pengurusan Sekolah. Unit HEM merupakan satu unit yang bertanggungjawab dalam bidang yang melibatkan pengurusan murid di kesemua Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT), Maahad Tahfiz Al-quran Terengganu (MTQT), Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) dan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI). Selain itu, bidang pengurusan terbahagi kepada tiga cabang utama iaitu pengurusan, pembangunan murid dan pembangunan organisasi. Di bawah cabang pengurusan, unit HEM bertanggungjawab dalam urusan rekod dan pendaftaran murid serta menyediakan laporan-laporan dalam skop-skop HEM seperti laporan disiplin murid, laporan data murid dan laporan kemasukan dan pengambilan. Dari cabang pembangunan murid, unit HEM berperanan dalam isu keselamatan dan kebajikan murid di Sekolah-sekolah JPINT serta pembangunan disiplin dan sahsiah murid. Dalam aspek pembangunan organisasi pula mencakupi hubungan dengan komuniti serta pembangunan profesionalisme bukan sahaja guru-guru unit HEM malah kepada pegawai-pegawai unit ini.
Membentuk dan membina perkembangan sahsiah diri dan kemenjadian murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran,berfikiran kreatif dan kritikal,memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksimum dan menyuburkan potensi kepimpinan.
Menghasilkan program HEM yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah.
Menyediakan dan memupuk murid yg bersahsiah,berketrampilan dan berkepimpinan.
Mewujudkan hubungan dan menjalinkan kerjasama antara murid, guru, kakitangan sekolah, PIBG, pertubuhan sukarela / NGO agensi kerajaan dan swasta.