KELAB SSPN / PTPTN 

MODUL KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN TERKINI 2022.pdf
SLIDE MODUL TAKLIMAT KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN.pdf

Matlamat penubuhan Kelab Simpanan Pendidikan ini adalah untuk membentuk masyarakat yang menyedari akan kepentingan asas kewangan melalui pelbagai aktiviti bagi meningkatkan disiplin diri dan sekali gus dapat membudayakan amalan penabungan sebagai persediaan untuk masa hadapan. Mendidik, mengekplorasi serta mengaplikasi kemahiran asas kewangan dan keusahawanan dalam aktiviti Kelab Simpanan Pendidikan.

Objektif 

Kelab Simpanan Pendidikan

01. Pendedahan Awal

Memberikan pendedahan berkaitan asas kewangan bermula di bangku sekolah;

02. Kepentingan Menabung

Memupuk kesedaran akan kepentingan menabung demi masa depan bagi merealisasikan impian;

03. Bakat Pemimpin

Melahirkan dan mencungkil bakat murid untuk menjadi seorang pemimpin organisasi yang mampu membantu ekonomi negara kelak;

04. Kerjasama Positif

Menjalinkan hubungan baik dan kerjasama positif antara PTPTN, PIBG dan sekolah;

05. Aspirasi Pendidikan

Mengetengahkan aspirasi pendidikan negara melalui produk Simpan SSPN; dan

06. Kembangkan Bakat

Murid berpeluang mengembangkan bakat serta impak pemarkahan Pentafsiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) di pelbagai peringkat iaitu sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.


Syarat-Syarat