PENGENALAN:
RMT adalah projek yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk murid-murid yang mempunyai kriteria berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Pendapatan keluarga RM 1198.00 dan ke bawah.
3. Pendapatan perkapita RM 322.00 dan ke bawah.
MATLAMAT:
1. Meningkatkan taraf kesihatan murid-murid dari segi kesihatan fizikal dan mental.
2. Membantu murid yang kurang mampu mendapatkan makanan yang seimbang setiap hari
sebelum mengikuti aktiviti pembelajaran.
OBJEKTIF:
1. Memastikan semua murid miskin yang layak, mendapat makanan seimbang setiap hari.
2. Membolehkan murid cergas dan sihat untuk belajar.
3. Melatih dan membentuk murid yang tahu menghargai pemberian dan berterima kasih.
4. Melatih murid berdisiplin semasa mendapatkan makanan dan semasa makan.
SASARAN:
Murid yang layak.
JANGKA MASA:
190 hari persekolahan
BIDANG TUGAS
Pemilihan murid yang layak menerima RMT.
Pemilihan pembekal makanan.
Penyeliaan dan pelaksanaan program RMT.
Pastikan kebersihan dan keselamatan semasa makan.
Mengemaskinikan rekod dan penyediaan laporan.
Membanci murid yang patut menerima susu percuma.