1. Tugas Admin DELIMa sekolah
Mengedarkan ID DELIMa guru, murid, reset kata laluan (password), membantu guru dan murid penggunaan aplikasi dalam DELIMa.
2. Siapa bertanggungjawab simpan ID & kata laluan DELIMa?
Ibu bapa & murid wajib menjaga ID DELIMa dan kata laluan (password) dengan selamat. Admin DELIMa sekolah tidak menyimpan kata laluan (password) kecuali membantu set semula (reset) kata laluan (password) sahaja.
3. Tatacara penggunaan ID DELIMa
Semua guru & murid perlu menyimpan ID DELIMa dan kata laluan (password) dengan selamat. Penggunaan ID DELIMa tertakluk kepada peraturan sekolah & undang-undang digital ketika menggunakan ID DELIMa untuk mengakses aplikasi-aplikasi yang disediakan.
Penggunaan ID DELIMa dipantau terus oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila ikut peraturan & patuhi undang-undang yang ditetapkan.
4. Tidak dapat log masuk ke DELIMa
Guru/Murid perlu log keluar dari akaun peribadi lain semasa log masuk menggunakan komputer atau peranti dan gunakan Google Incognito.
5. Murid terlupa ID atau kata laluan (password) DELIMa
Murid wajib hubungi guru kelas untuk dapatkan ID DELIMa atau set semula kata laluan melalui Admin DELIMa sekolah.
6. Guru terlupa ID atau kata laluan (password) DELIMa
Sila hubungi Admin DELIMa sekolah untuk dapatkan ID atau set semula kata laluan
7. Syarat penetapan kata laluan (password) DELIMa
Untuk keselamatan digital, sila guna kata laluan berbeza untuk setiap murid dan ID tidak diboleh digunakan sebagai kata laluan (password). Kata laluan (8 karakter atau lebih + Huruf Besar + Huruf Kecil + Angka )
8. Set semula (reset) kata laluan bagi ID guru dan murid
Kata laluan bagi guru dan murid boleh diset semula oleh Admin DELIMa sekolah
9. Penjanaan ID guru
Untuk makluman, penjanaan/pengemaskinian ID DELIMa adalah berdasarkan data APDM bagi murid dan data E-operasi bagi guru.
10. Pengemaskinian lokasi ID guru
Untuk makluman, penjanaan/pengemaskinian ID DELIMa adalah berdasarkan data APDM bagi murid dan data E-operasi bagi guru.
11. Pengemaskinian lokasi ID murid
Untuk makluman, penjanaan/pengemaskinian ID DELIMa adalah berdasarkan data APDM bagi murid dan data E-operasi bagi guru.
12. Masalah dalam mengakses aplikasi dalam DELIMa
Guru/Murid perlu log keluar dari akaun peribadi lain semasa log masuk menggunakan komputer atau peranti dan gunakan Google Incognito.
13. Masalah 2 step verification
Admin DELIMa sekolah sila emel ke Helpdesk DELIMa: dhd@moe-dl.edu.my
14. ID guru bukan dari IPGM
Sila berikan ID sementara jika guru tersebut bukan lepasan IPGM sehingga menunggu penjanaan ID
15. ID guru baharu dari IPGM
Guru baharu dari IPGM boleh menggunakan ID yang diberikan semasa di IPGM sehingga menunggu penyelarasan ID berdasarkan data e-operasi.
16. ID guru baharu
Untuk makluman, penjanaan/pengemaskinian ID DELIMa adalah berdasarkan data APDM bagi murid dan data E-operasi bagi guru.
17. ID gantung(suspended ID)
Admin DELIMa sekolah sila hubungi Helpdesk DELIMa : dhd@moe-dl.edu.my bagi pengaktifan dan semakan.