Kembali ke
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 8 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa : 7:30 pagi - 12:00 tgh. hari
Tempat : Dataran Semaian SuBur, Padang dan persekitaran sekolah
Penganjur : Unit Sukan & Kokurikulum dan PIBG SMK Sg Burong
Peserta : Semua pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa, SMK Sg Burong
Kertas Kerja - Hari Sukan Negara 2022 (oleh En Mohamad Farok Hadumi bin Mario)
Kehadiran pelajar:
235 orang
Program Hari Sukan Negara (HSN) yang diadakan serentak di seluruh negara setiap tahun bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. SMK Sg Burong menyambut saranan kerajaan untuk menganjurkan HSN tahun ini dengan tema Sekolahku Sejahtera : Sihat Aktif Ceria 2022 dengan penglibatan semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan kakitangan serta pelajar.
Program ini dianjurkan oleh Unit Sukan dan Kokurikulum dengan kerjasama PIBG SMK Sg Burong. Aktiviti dijalankan seawal jam 8:00 pagi setelah semua peserta berkumpul di Dataran Semaian Subur, dimulakan dengan aktiviti regangan dan senamrobik peserta perempuan yang dipimpin oleh pasukan Zumba. Manakala peserta lelaki mengikuti aktiviti Fun Run di luar kawasan sekolah. Aktiviti Fun Ride terpaksa dibatalkan kerana kurang sambutan.
Setelah kedua-dua aktiviti selesai, semua peserta berkumpul sekali lagi dataran untuk pertandingan sepakan penalti (lelaki) dan jaringan bola jaring (perempuan) bagi kategori pelajar dan dewasa. Pada masa yang sama, pemeriksaan kesihatan oleh 4 orang petugas kesihatan dari PKD Tanjong Karang dibuka untuk semua peserta membuat pemeriksaan kesihatan masing-masing.
Sekitar jam 11:00 pagi seperti yang dijadualkan, YBhg. Dato' Mohd Shahrizal bin Hj Sahri telah tiba selaku perasmi majlis. Beliau dijemput untuk menyertai pertandingan sepakan penalti kategori dewasa bagi memeriahkan majlis. Setelah selesai semua pertandingan, majlis perasmian penutup dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Pn Pengetua SMK Sg Burong, seterusnya ucapan perasmian oleh tetamu khas jemputan.
Di dalam ucapan perasmiannya yang penuh bersemangat, YBhg. Dato' Mohd Shahrizal bin Hj Sahri selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat telah meluluskan peruntukan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada pihak sekolah untuk tujuan pembangunan program akademik dan kokurikulum.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi setiap pertandingan yang telah berlangsung dan diikuti oleh cabutan bertuah bagi kategori pelajar dan dewasa. Sebanyak 22 hadiah untuk cabutan bertuah telah disediakan (14 pelajar + 8 dewasa).
Program tamat sekitar jam 12:30 tengah hari.
Orang kuat di sebalik kemeriahan Hari Sukan Negara peringkat sekolah.
Terima kasih Team Zumba.
Yg. Bhg. Dato' Hj Mohd Shahrizal bin Hj Sahri baru tiba untuk menandatangi buku pelawat sekolah. Terima kasih atas kesudian untuk hadir ke majlis ini.
Tunjuk skil sikit.
YBhg. Dato' Mohd Shahrizal memberikan ucapan yang penuh bersemangat dan merasmikan majlis perasmian penutup, seterusnya meluluskan sumbangan sebanyak RM3,000 oleh Yayasan Bank Rakyat untuk program akademik dan kokurikulum sekolah. Terima kasih YBhg. Dato'.
Penyampaian hadiah dan cendera hati.
-jika ada-