Kembali ke
Poster program (calon SPM)
Poster program (murid tingkatan 1-4)
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 9 Ogos 2024 (Jumaat)
Masa : 7:30 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Surau Nurul Iman dan Dewan Tan Sri Noh Omar, SMKSB
Penganjur : Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Kurikulum dan PIBG, SMK Sg Burong
Peserta : Semua murid, guru dan kakitangan serta ibu bapa/penjaga, SMK Sg Burong
Kejayaan seseorang pelajar dalam bidang akademik dan kegemilangan sahsiah adalah sangat berkait rapat dengan sokongan, dorongan, tunjuk ajar serta nasihat yang berterusan daripada ibu bapa serta guru-guru yang bertanggungjawab mendidik pelajar ini bagi mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka selain guru yang merupakan tugas utama mereka mendidik dan memimpin pelajar ke arah perubahan dalam kehidupan dengan lebih baik. Antara rumah dan sekolah maka rumah merupakan tempat yang paling lama pelajar berada dan di situ terdapat peranan ibubapa yang mesti dijalankan selepas guru menjalankan amanah dan tugasnya di sekolah. Sehubungan dengan itu ibu bapa perlu dijelaskan peranan mereka agar paduan antara ibu bapa dan guru dapat menjadikan pelajar insan yang berjaya. Justeru, diharapkan program permuafakatan ibu bapa dan guru-guru SMK Sungai Burong dapat mempertingkatkan disiplin pelajar dan seterusnya menjadikan sekolah sebagai institusi yang berkesan untuk melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dari aspek sahsiah dan akademik.
2.1 Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa betapa pentingnya pelajaran terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka.
2.2 Mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan guru di sekolah
2.3 Memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang ada pada anak mereka khususnya dalam pelajaran.
2.4 Meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang pentingnya pelajaran kepada anak-anak melalui bengkel keibubapaan dan program ceramah motivasi.
2.5 Berkongsi idea dan pandangan bagi menjalinkan kerjasama erat antara ibu bapa/penjaga dengan guru-guru.
2.6 Meningkatkan prestasi pencapaian SPM mengikut KPI yang telah ditetapkan.
Dengan adanya program seperti ini, ibu bapa dan penjaga akan lebih mengambil berat dan lebih cakna akan prestasi akademik anak mereka sekaligus menjalinkan hubungan serta kerjasama yang lebih utuh antara penjaga dan guru-guru dalam meningkatkan prestasi akademik sekolah.
Tarikh Pelaksanaan : 9 Ogos 2024 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Tan Sri Noh Omar (Tingkatan 5) Dataran Semaian Subur (Tingkatan 1-4)
Sasaran : Ibu Bapa / Penjaga dan semua murid Tingkatan 1-5
Anjuran : Unit Bimbingan Kaunseling dan Unit Akademik, dengan kerjasama PIBG.
7.30 pagi : Pendaftaran Murid Tingkatan 5 & Ibu bapa
8.00 pagi : Bacaan Yasin di Surau
8.30 pagi : Sarapan Pagi
9.00 pagi : Kata Aluan Pengerusi Majlis, Bacaan Doa
9.10 pagi : Ucapan PK Pentadbiran
9.20 pagi : Ucapan Pengetua
9.30 pagi : Slot Motivasi Ibu bapa & Calon SPM
10.45 pagi : Bacaan Ikrar Aku Janji Pelajar SPM - Bacaan Ikrar Ibu bapa
11.00 pagi : Bicara Prestasi bersama Ibu Bapa (Semua Tingkatan)
12.00 tengah hari : Bersurai
Program dimulakan dengan majlis bacaan yasin di surau bersama-sama ibu bapa dan murid. Kemudian, majlis berehat sebentar untuk slot sarapan pagi sebelum diteruskan dengan slot motivasi untuk calon-calon SPM dan ibu bapa. Semua murid dan ibu bapa duduk bersebelahan antara satu sama lain.
Penceramah jemputan tidak dapat hadir di saat-saat akhir. Pihak sekolah telah memohon jasa baik Tn Hj Othman, NYDP PIBG SMKSB, untuk meneruskan sesi ceramah motivasi bersama dengan ibu bapa murid calon SPM 2024.
Ceramah motivasi untuk calon SPM tamat sekitar jam 11.30 pagi dan sesi diteruskan dengan dialog prestasi akademik sehingga jam 12.30 tengah hari.
Ibu bapa/penjaga hadir untuk dialog prestasi akademik sebelum jam 11:00 pagi dan program diteruskan sehingga selesai sekitar jam 12.20 tengah hari.
-jika ada-