Kembali ke
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 25 Mei 2022 (Rabu)
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Masa : 9:00 - 11:00 pagi
JAMUAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH
Masa : 11:00 pagi - 2:00 petang
Tempat : Dewan Terbuka, SMK Sg Burong
Penganjur : Warga sekolah dan PIBG SMK Sg Burong
Peserta : Semua, pelajar, guru dan kakitangan serta AJK PIBG, SMK Sg Burong
SAMBUTAN HARI GURU
Sambutan Hari Guru berjalan dengan lancar. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru bermula di PSS ke Dewan Terbuka. Kebanyakan persiapan dijayakan oleh badan kepimpinan pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah, diikuti dengan ikrar guru dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Azrul selaku Pengerusi BKGK.
Seterusnya semua hadirin disajikan dengan persembahan oleh pelajar dan guru.
Terdapat penyampaian anugerah khas guru-guru yang disediakan oleh pentadbir dan Pengawas Sekolah, antaranya Anugerah Perkhidmatan Guru Paling Lama (oleh pentadbir), Anugerah Guru Lucu, Guru Macho, Guru Comel, Guru Popular, Guru Paling Garang (Pengawas Sekolah).
REHAT
JAMUAN HARI RAYA
Majlis Jamuan Hari Raya diteruskan bermula pada jam 11:40 pagi setelah tetamu jemputan (YDP & AJK PIBG serta mantan guru-guru SMKSB yang baru bersara) hadir.
Ucapan oleh YDP PIBG dan Pengetua agak ringkas diikuti dengan jamuan makan.
Hujan mula turun dengan lebat diikuti dengan angin yang kuat. Bekalan elektrik terputus bermula 12:05 - 1:20 petang. Semua persembahan yang dirancang tidak dapat dilaksanakan akibat tiada bekalan elektrik dan hujan yang lebat.
Pelajar-pelajar terus mengemas peralatan dan dewan sementara menunggu hujan reda dengan pemantauan oleh guru-guru.
Pelajar kekal di sekolah sehingga jam 2:00 petang dan dibenarkan pulang. Ibu bapa/penjaga mengambil anak di lobi pejabat dan pelajar-pelajar yang datang sendiri menunggang motosikal pulang dengan meredah hujan.
Video Sambutan Hari Guru
Video oleh : Mazwin 3C (Pengawas Sekolah)
-MASUKKAN folder google drive-