JAWATANKUASA DISIPLIN & PENGAWAS SEKOLAH

1. Mengadakan mesyuarat dan minit mesyuarat berkenaan

2. Meningkatkan mutu disiplin di kalangan murid dengan menguatkuasakan peraturan sekolah.

3. Merancang dan melaksanakan program / aktiviti yang bertujuan meningkatkan tahap disiplin murid.

4. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin murid.

5. Menyelesaikan masalah ketidakakuran disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas.

6. Mengurus kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah.

7. Mewujudkan sistem rekod disiplin dan sistem pemantauan yang berkesan.

8. Menerima laporan pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.

9. Menentukan bahawa tindakan diambil terhadap murid-murid yang melanggar peraturan sekolah. Jika perlu kes-kes tertentu mestilah dibawa kepada tindakan kaunselor, PK HEM atau terus kepada Guru Besar.

10. Mengurus surat mesyuarat yang bersangkutan dengan tugas-tugas di atas termasuk memaklumkan kepada penjaga tentang tindakan disiplin yang dikenakan terhadap anak mereka.

11. Menjalankan rondaan (dengan bantuan guru bertugas harian) untuk mengesan murid yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah.

12. Mencatat semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin / buku kaporan disiplin.

13. Menyediakan dan membekalkan data serta maklumat disiplin kepada kementerian pelajaran/jabatan pelajaran/ PPD. (SSDM)

14. Merancang program dan kerja-kerja pengawas dan ketua kelas sepanjang tahun.

15. Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pengawas dan ketua kelas dari semasa ke semasa.

16. Mengawasi kewibawaan pengawas-pengawas pada pandangan murid-murid termasuk prestasi akademik mereka.

17. Merancang dan menguruskan temuduga pemilihan pengawas akhir tahun dan majlis perlantikan pengawas & ketua kelas pada awal tahun.

18. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. Menyediakan laporan Tahunan

19. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

1. Mengurus fail dan bilik SBPT sentiasa dikemaskini dan teratur.

2. Mengedar dan memungut semula borang-borang SPBT

3. Memesan buku –buku teks

4. Menerima buku-buku daripada pembekal, menyemak dan merekod ke dalam buku stok.

5. Memproses buku-buku yang diterima.

6. Memberi pinjaman buku-buku teks kepada murid.

7. Memungut kembali buku-buku teks daripada murid.

8. Melakukan aktiviti pemeriksaan buku-buku teks dari semasa ke semasa.

9. Memilih dan melantik Pengawas SPBT/Bilik BOSS.

10. Melapor sebarang keperluan buku teks.

11. Mengurus pelupusan buku teks.

12. Mengemaskini maklumat dan menyedia laporan ke pihak berkenaan.

13. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.

14. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA 3K

1. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapkan.

2. Mengadakan peraturan menggunakan bilik rawatan.

3. Menyediakan jadual bertugas bilik rawatan.

4. Menguruskan dan mengumpulkan kad kesihatan dan kad pergigian murid dengan kerjasama guru kelas.

5. Bertanggungjawab menguruskan maklumat yang diperlukan di dalam kad kesihatan dengan kerjasama guru kelas.

6. Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan gigi dan suntikan pelalian dengan kerjasama Pejabat Kesihatan daerah.

7. Merancang mengadakan program kesihatan sekolah.

8. Menguruskan murid yang memerlukan rawatan.

9. Mewujudkan pembudayaan sekolah bersih dan sihat.


JAWATANKUASA KANTIN

1. Memastikan kebersihan kantin sentiasa terjaga dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

2. Memastikan pihak kantin sentiasa mematuhi garis panduan pengendalian kantin.

3. Memantau kebersihan, kepelbagaian menu dan mutu masakan.

4. Memastikan perkhidmatan kantin mesra, cekap dan memuaskan pelanggan.

5. Mengambil tindakan segera dan proaktif bagi mengatasi semua kelemahan yang dapat dikesan.

6. Menyediakan laporan harian dan bulanan ke pihak terbabit/PK HEM.

7. Menceriakan kantin dengan lebih konduksif.

8. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.

9. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA KEBAJIKAN & BANTUAN

1. Memantau perancangan, pelaksanaan dan pelaporan semua unit bantuan dan kebajikan murid.

2. Membentuk tabung kebajikan murid dan Tabung kilat/kecemasan.

3. Menguruskan hal ehwal derma dari luar.

4. Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan dan menguruskan kebajikan mereka.

5. Mengenalpasti dan mengurus murid-murid yang layak mendapat bantuan biasiswa, KWAMP, derma dan bantuan peralatan / pakaian. Menyimpan rekod dan menganalisis prestasi akademik / sahsiah mereka untuk tujuan rujukan dan penyambungan bantuan.

6. Memastikan semua murid mempunyai pelan perlindungan insuran takaful.

7. Mengenalpasti murid yatim dan susah (miskin).

8. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit yang berkenaan.

9. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA RMT/ PROGRAM SUSU SEKOLAH

1. Pemilihan murid yang layak menerima RMT dan Program Susu Sekolah

2. Pemilihan pembekal makanan.

3. Penyeliaan dan pelaksanaan program RMT dan Susu Sekolah

4. Pastikan kebersihan dan keselamatan semasa makan.

5. Mengemaskinikan rekod dan penyediaan laporan.

6. Membanci murid yang patut menerima susu percuma.

7. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit

mesyuarat berkenaan.

8. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA KWAMP / e-KASIH

1.Membantu pentadbir sekolah menguruskan berkenaan borang-borang ataubiasiswa dari badan-badan atau jabatan kerajaan.

2.Memilih calon-calon yang layak menerima bantuan daripada badan-badan tertentu.

3.Mengemas kini maklumat semasa mengenal murid yatim ,miskin dan yatim piatu.

4.Mengurus buku-buku bank, penerima biasiswa atau wang-wang bantuan.

5.Mengadakan mesyuarat berdasarkan keperluan.

6.mengadakan ceramah-ceramah dengan menjemput penceramah luar (dari bank)

7. Mengendalikan urusanmembuka akaun danmenambahkan pelaburan murid.

8. Merekod senarai nama murid bersama nombor akaun ke dalam buku khas.

9. Mengemas kini daftar nama murid yang bertukar keluar.

10. Mengagihkan buku akaun /penyata akaun kepada murid berkenaan.

11. Mengurus penyertaan murid-murid dalam skim-skim galakan yang dipertandingkan.

JAWATANKUASA BIMBINGAN KAUNSELING & MOTIVASI

1. Menasihati / membimbing murid yang bermasalah.

2. Merekod murid yang bermasalah.

3. Mempamerkan carta unit bimbingan dan kaunseling

4. Membuat laporan murid bermasalah untuk tindakan susulan.

5. Merancang dan melaksana program motivasi dan ceramah khas dari luar dan peringkat

sekolah.

6. Merancang, mengurus dan melaksana Program Guru Penyayang

7. Mengurus dan melaksana Program Pencegahan Dadah dan Jenayah.

8. Menyedia dan mengemaskini fail dan bilik kaunseling yang lengkap dan sesuai.

memaksimumkan penggunaannya.

9. Mengambil tindakan segera dan proaktif bagi mengatasi semua masalah yang dapat

dikesan.

10. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit

mesyuarat berkenaan.

11. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH ((PPDa)

Pengurusan

1. Menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah (contoh carta organisasi seperti lampiran).

2. Menyenaraikan peranan/tugas Jawatankuasa Pelaksana.

3. Merancang dan menguruskan mesyuarat pengurusan secara berkala (3 kali dalam setahun atau yang difikirkan perlu oleh guru PPDa).

4. Merancang dan mempengerusikan mesyuarat

5. Merancang, mengawal selia dan menguruskan bilk / laluan / sudut PPDa.

6. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan, dan HIV/Aids.

2. Kes-kes penggunaan dadah dan tangkapan

1. Membantu guru bimbingan dan kaunseling dan pihak sekolah bagi kes-kes positif ujian urin dan juga kes-kes tangkapan bersabit dengan dadah.

2. Memastikan laporan Pemantauan Susulan kes positif urin dadah disediakan dan dihantar ke PPD dan JPN (bagi Sekolah Menengah sahaja).