One Stop Centre Hadis 40, SPI JPNS
Hadis 40 merujuk kepada himpunan empat puluh dua hadis Nabi Muhammad SAW oleh Imam Al-Nawawi. Hadis-hadis ini merangkumi pelbagai aspek iman, moraliti, dan tingkah laku dan sebagainya yang menjadi panduan dalam agama Islam. Imam al-Nawawi telah menghimpunkan sebanyak 42 hadis sahih yang sebahagian besarnya terdapat di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
KEISTIMEWAAN HADIS 40 IMAM NAWAWI
Terdapat banyak keistimewaan Hadis 40 karya Imam al-Nawawi ini. Antara keistimewaannya ialah:
1. Mencakupi semua hadis berkaitan kehidupan manusia.
2. Selari dengan ajaran islam
3. Hadis-hadisnya menjadi asas kepada kaedah agama yang penting.
4. Hadis-hadis dalam kumpulan ini memiliki sanad (rantai perawi) yang kuat dan diakui oleh para ulama hadis.
#Hadis40dihatiku