SK Kampong Baharu sentiasa aktif menyertai pelbagai program, pertandingan dan inisiatif kelestarian di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan ini menjadi wadah untuk warga sekolah mengetengahkan inovasi, amalan hijau serta usaha pembudayaan kelestarian, di samping mengukuhkan komitmen SKKB dalam melahirkan warga sekolah yang prihatin terhadap alam sekitar. Pelbagai pencapaian yang diraih menjadi bukti usaha berterusan sekolah dalam memperkasa pendidikan dan amalan kelestarian.
Anugerah Perak Sekolah Showcase e-lestari peringkat negeri Johor
Naib Johan kategori penglibatan aktif dalam pertandingan Save the Fabrics 2.0 peringkat daerah Pontian
21-23 Ogos 2026. Seramai tujuh murid SKKB telah menyertai perkhemahan unit beruniform & lestari di Pusat Kokurikulum Johor: Peringkat negeri Johor.
Penyampaian hadiah perkhemahan lestari: Tempat ketiga pertandingan Plogging Ecoxtreme Adventure Camp 2026 & kelima pertandingan Eco Printing Ecoxtreme Adventure Camp 2026.
26.9.2026: PERTANDINGAN MIND2MARKET: SUSTAINABLE IoT PERINGKAT NEGERI JOHOR
SKKB berjaya terpilih sebagai Top 3 Finalis dan berpeluang membentangkan inovasi BSFL Smart Blackbin di hadapan juri.
PERTANDINGAN MIND2MARKET: SUSTAINABLE IoT PERINGKAT NEGERI JOHOR
SKKB dinobatkan sebagai JOHAN.
SK Kampong Baharu memperkukuh usaha kelestarian melalui jaringan dan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak seperti sekolah, institusi pendidikan, komuniti, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakan strategik. Keterlibatan ini membuka ruang kepada perkongsian ilmu, kepakaran, sumber dan pengalaman, di samping memperluas impak program kelestarian. Kerjasama yang terjalin turut membina ekosistem pendidikan lestari yang lebih kukuh serta menggalakkan penglibatan aktif warga sekolah dan komuniti.
Sijil kerjasama antara SK Kampong Baharu, Kelab Anak Muda Utara (AMU) dan 9 buah sekolah sempena program Save the Fabrics 2.0 peringkat daerah Pontian 2026.
SK Andek Mori, SK Parit Sulaiman, SK Penerok, SK Pengkalan Raja, SK Rambah, SK Seri Sinaran Chokoh, SK Sungai Durian, SK Telok Kerang, SK Parit Kudus
Sijil kerjasama antara Peladang Pontian dan SK Kampong Baharu sempena projek penanaman cendawan tiram.
Wakil guru SKKB turut menjalani lawatan tapak penanaman cendawan di pusat Peladang Pontian