Unit Kaunseling SMK Wangsa Maju Seksyen 2 merupakan sebuah unit yang sentiasa membantu murid dalam pelbagai bidang termasuk akademik dan psikologi. Kaunseling di sekolah adalah bersifat menyeluruh dan meliputi program perkembangan, pencegahan serta pemulihan. Program perkembangan dan pencegahan lebih banyak dijalankan berbanding program pemulihan. Antara perkhidmatan yang disediakan iaitu bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu / kelompok.
Info Kaunseling
Unit Kaunseling SMK Wangsa Maju Seksyen 2 telah mengadakan Program Gerobok Rezeki bagi membantu murid-murid yang kurang bernasib baik dan terkesan akibat dari COVID-19 yang telah melanda negara kita.