HPK 3: Menganalisis maklumat daripada pelbagai sumber berasaskan kemahiran perolehan, pengurusan, pemprosesan dan penyampaian maklumat (C4, A3, HP2, HP5, KKG2, KMK9)
Ciri-Ciri DLO PB 3:
Hasrat Pembelajaran PB 3:
1. Saya belajar menganalisis maklumat daripada pelbagai sumber berasaskan kemahiran perolehan, pengurusan, pemprosesan dan penyampaian maklumat
Kriteria Kejayaan PB 3:
1. Saya dapat menganalisis maklumat daripada pelbagai sumber berasaskan kemahiran perolehan, pengurusan, pemprosesan dan penyampaian maklumat
BAHAN KULIAH TOPIK 6
Disunting daripada Pn Roslizah binti A. Samad IPGK PM (Nov 25, 2021)
Pada era globalisasi ini,masyarakat perlu menguasai kemahiran pengurusan maklumat dan literasi maklumat supaya kemahiran ini dapat diaplikasikan dalam pembelajaran mereka.Kemahiran ini membantu masyarakat dalam mengenal pasti ketepatan dan kecekapan sesuatu maklumat supaya mereka tidak menggunakan maklumat yang salah. Menurut beberapa kamus umum,maklumat ialah data,bahan dan pengetahuan.Selain itu,maklumat juga adalah data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna.
Ciri-ciri maklumat termaksuklah relevan,boleh dipercayai,boleh difahami,lengkap,tepat pada masanya dan membantu mengurangkan ketidakpastian.Pengurusan maklumat pula boleh didefinisikan sebagai proses mengenal pasti,klasifikasi,pemeliharaan dan pemansuhan sesuatu maklumat. Pengurusan maklumat dalam konteks pembangunan diri merentas pelbagai dimensi iaitu dimensi diri,dimensi keluarga dan dimensi masyarakat.
Masyarakat yang mempunyai kemahiran pengurusan maklumat akan menyaring maklumat yang benar dan menguruskan maklumat dengan efisien.Penyaringan maklumat boleh dijalankan selepas masyarakat mendapat pendedahan dan pemikiran tentang maklumat yang dicari.Kemahiran pengurusan maklumat membawa banyak faedah kepada masyarakat.Salah satu faedah kemahiran pengurusan maklumat ialah kemahiran ini membantu seseorang individu membuat perancangan strategi untuk menambah pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan kerjaya mereka. Selain itu, kemahiran ini juga amat penting dalam menguasai pelbagai kemahiran terkini supaya masyarakat tidak ditinggalkan zaman dan dapat meningkatkan kemahiran sendiri.Seterusnya,kemahiran pengurusan maklumat boleh digunakan oleh pelajar semasa menjalankan pembelajaran supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Bukan itu sahaja,kemahiran ini juga membantu dalam memperbaiki kedudukan pasaran,meningkatkan sinergi dan memperbaiki komunikasi antara pekerja serta memperbaiki keberkesanan dan kecekapan sesuatu tugasan.
Pengurusan maklumat berkait langsung dengan pengurusan pengetahuan.Pengurusan pengetahuan merupakan satu proses memanfaat,membangun dan menggunakan pengetahuan. Dengan menguasai kemahiran pengurusan pengetahuan,pengetahuan dapat diurus dengan kemas dan digunakan dengan berfaedah. Contohnya,pengetahuan dapat dikongsi dalam sesuatu organisasi sehingga menjana idea kreatif. Pengetahuan juga dapat ditambah nilai apabila berkongsi dengan orang lain kerana semua orang berkongsi maklumat yang dicari melalui pelbagai sumber. Pengurusan pengetahuan membantu masyarakat mencari, memilih dan menyebarkan pengetahuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Penciptaan,penyebaran dan penyuntingan pengetahuan juga dapat dikawal dengan kemahiran pengurusan pengetahuan. Pengurusan pengetahuan mempunyai empat proses utama iaitu penyimpanan dan pemerolehan semula, pemindahan, penciptaan dan aplikasi.
Semasa menjalankan pengurusan pengetahuan,pelbagai teknik boleh dijalankan untuk menyahihkan dan mengesahkan sesuatu maklumat supaya sebarang fakta salah dan palsu dapat ditangkis. Masyarakat harus membentuk sikap positif untuk mengurus maklumat.Mereka boleh melakukan tutorial atau bekerja dalam kumpulan untuk menyuntingkan sesuatu maklumat. Bekerja dalam kumpulan memastikan proses penyuntingan maklumat dijalankan dengan cepat dan efektif. Bagi mereka yang belum mahir dalam pengurusan pengetahuan, mereka boleh mencari mentor atau pembimbing untuk membantu mereka membezakan maklumat betul dan salah. Masyarakat juga boleh berkongsi pengetahuan yang dicari dengan orang lain supaya mereka boleh membuat perbincangan untuk memilih pengetahuan yang betul. Pengetahuan juga boleh diterap dalam menyelesaikan masalah untuk mengenal keberkesanannya.
Pengurusan maklumat dapat dilaksanakan secara efektif dengan memguasai literasi maklumat. Literasi bermaksud celik atau berpengetahuan.Menurut Byerly et.al.(1999), literasi maklumat dari segi istilah bermaksud keupayaan mencari dan menggunakan maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat. Byerly et.al. juga menyatakan bahawa pelajar yang celik maklumat seharusnya bukan sekadar mampu mengakses sumber maklumat dengan cekap semasa proses pengumpulan maklumat, bahkan mampu menilai maklumat secara kritis dan menggunakan maklumat tersebut dengan tepat dan kreatif. Orang yang mempunyai literasi maklumat mampu dalam menggali, mentafsir dan mencipta idea-idea baru. Literasi maklumat merupakan satu ‘set kemahiran’ yang boleh dipelajari dan mempunyai banyak konsep. Konsep literasi maklumat melibatkan beberapa kemahiran seperti perkembangan kemahiran maklumat, kelancaran maklumat, pengajaran bibliografi, orientasi perpustakaan, pendidikan pengguna, kecekapan maklumat,latihan pengguna dan konsep-konsep lain.
Terdapat tiga komponen asas sebagai piawaian literasi maklumat bagi mewujudkan pembelajaran berkesan iaitu, akses, penilaian dan penggunaan. Masyarakat juga boleh menggunakan alatan, teknik dan kaedah untuk menyahih maklumat yang diterima supaya pengurusan maklumat dapat dijalankan dengan lancar.Mereka perlu membentuk sikap positif semasa belajar pengurusan maklumat dan sentiasa berkongsi maklumat dengan orang lain.
Kesimpulannya,pengurusan maklumat dan literasi maklumat harus dimiliki oleh semua masyarakat. Hal ini kerana pengurusan maklumat yang cekap dan tepat akan membolehkan masyarakat mempunyai akal budi dan menjauhkan diri daripada gejala buruk. Masyarakat yang mempunyai literasi maklumat juga dapat menjalankan pengurusan maklumat dan pengetahuan dengan efektif.
6.1 Sumber Pencarian Maklumat
Maklumat yang tepat menjamin ketepatan keputusan dan keberkesanan tindakan. Tanpa maklumat tertentu sesetengah keputusan tidak dapat dibuat atau sekiranya dibuat, boleh membawa akibat yang buruk dan mengaibkan. Dalam dunia yang semakin berasaskan maklumat dan mengalami kebanjiran maklumat, kita harus bijak mencari jalan bagi mendapat maklumat yang tepat dan menggunakannya dengan berkesan. Kemahiran mencari maklumat adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Tetapi kemahiran mencari maklumat juga bergantung kepada kedudukan ekonomi dan tempat di mana kita berada.
Ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui dan difahami untuk melengkapkan diri sebagai pencari maklumat yang mahir dan aktif.
Pertama sekali adalah mengetahui dorongan / sebab mencari maklumat, diikuti dengan memahami sikap manusia apabila berdepan dengan maklumat. Setiap orang mempunyai dorongan yang berbeza semasa mencari maklumat. Ada yang memerlukannya untuk tujuan ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan dan lain-lain. Dorongan yang berbeza ini membentuk persepsi dan motivasi yang berbeza pula semasa berdepan dengan maklumat.
Manakala sikap atau psikologi manusia itu turut mempengaruhi kemahiran mereka dalam mencari maklumat. Terdapat berbagai teknik untuk menganalisa sikap manusia semasa berhubungan dengan dunia maklumat.
Salah satu teknik itu menunjukkan ada orang yang mencari maklumat sekadar di permukaan, ada yang mencari secara mendalam dan ada pula yang bersifat meneroka sejauh yang mungkin secara rawak.
Memahami keperluan maklumat diri dan cara diri kita mencari maklumat adalah satu bentuk pemahaman di peringkat meta yang membolehkan kita menguasai kemahiran maklumat pada tahap yang lebih baik.
Selain itu, kemahiran mencari maklumat juga bergantung kepada sejauh mana seseorang itu tahu tentang bentuk dan sumber maklumat. Maklumat boleh wujud dalam bentuk artifak, lukisan, imej, ensiklopedia, indeks, abstrak, buku tahunan, almanak, jurnal, buku, majalah, cakera padat, mikrofilem, mikrofiche, lisan, kaset, video dan banyak lagi.
Manakala sumber maklumat pula boleh jadi daripada:
1. Sumber manusia - maklumat melalui temu bual dengan guru, pakar bidang, orang yang terlibat, ahli politik dan sebagainya.
2. Media elektronik – maklumat diperoleh daripada audio visual, computer, perpustakaan dan pusat sumber.
3. Media bercetak – bahan bercetak seperti buku, jurnal, majalah dan sebagainya.
4. Media tiga dimensi – maklumat dalam bentuk model, boneka, terrarium yang dapat diperoleh daripada muzium.
5. Sumber persekitaran – maklumat diperoleh melalui perubahan yang berlaku dalam persekitaran seperti bunyi, cahaya, warna, bau dan pergerakan. Contoh: Apabila mendengar bunyi guruh, itu menandakan hujan akan turun tidak lama lagi.
6. Tempat khusus seperti Arkib dan Muzium yang menyimpan bahan artifak dan bahan arkib
Kemahiran mencari maklumat bagi setiap bentuk dan sumber ini berbeza pula dan memerlukan teknik yang berbeza juga untuk mendapat hasil yang sepatutnya.
Contohnya untuk mencari bahan digital melalui enjin carian Google, sekiranya seseorang itu memahami konsep asas capaian kembali maklumat atau information retrieval dia akan dapat mencari bahan dengan lebih tepat berbanding orang yang tidak tahu. Begitu juga apabila ingin mencari bahan bercetak di perpustakaan, ada peraturan asas penyusunan buku di perpustakaan yang perlu difahami seperti nombor panggilan dan cara pengelasan bahan.
Termasuk dalam kemahiran mencari maklumat adalah kebolehan kita menduga di mana bahan yang kita kehendaki berada. Ini perlu dipelajari berdikit-dikit melalui pengalaman mencari maklumat yang terdahulu ataupun daripada pembacaan dan penerangan orang lain.
Ada bahan digital yang boleh didapati di Internet, tetapi ada juga bahan yang kita tahu wujud di dunia maya tetapi tidak boleh dicapai kecuali menggunakan kata laluan dan sebagainya. Kita perlu peka dan menyiasat kewujudan bahan itu di tempat kita, mungkin melalui institusi tertentu yang boleh membantu.
Ada juga bahan yang istimewa dan disimpan di tempat khusus dan memerlukan kebenaran khusus untuk menggunakannya seperti artifak atau bahan arkib.
Terakhir sekali adalah kebolehan kita untuk menilai maklumat yang telah berjaya kita cari, dan ini masih lagi merupakan rentetan daripada kemahiran kita mencari maklumat.
Semua kemahiran mencari maklumat yang disebutkan di atas ada ditawarkan di pusat pengajian tinggi oleh pihak perpustakaan. Malah di peringkat antarabangsa, kemahiran ini dijadikan suatu subjek wajib bagi setiap fakulti dengan usaha sama antara pensyarah dan pustakawan.
Walaupun masih jarang kedengaran perpustakaan awam di negara ini mengambil daya usaha membuka kelas khas kemahiran mencari maklumat, tetapi ia patut dijadikan satu agenda penting sesebuah perpustakaan.
Melalui cara ini perpustakaan dapat bergerak seiring dengan keperluan masyarakat yang sentiasa berdepan dan adakalanya terbeban dengan kebanjiran maklumat. Usaha untuk merentas jurang digital dan mengejar kemajuan teknologi negara maju pula harus menjadi agenda penting negara supaya rakyat sendiri tidak tercicir dalam menguasai maklumat, kerana maklumat adalah suatu bentuk kuasa.
6.1 Definisi Dan Konsep Maklumat
Definisi Pengurusan maklumat bermaksud keupayaan mencari dan menggunakan maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat (Byerly et. Al. 1999)
Menurut beberapa kamus umum, maklumat ialah data, bahan dan pengetahuan. Selain itu, maklumat juga adalah data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna.
Ciri-ciri maklumat adalah relevan, boleh dipercayai, boleh difahami, lengkap, tepat dan membantu mengurangkan ketidakpastian. Manakala data tidak dianggap sebagai maklumat sekiranya lapuk atau ketinggalan daripada realiti sebenar, kabur, tidak jelas, tidak lengkap atau bukan dalam format yang diperlukan.
Contoh organisasi yang menguruskan maklumat ialah perpusatkataan, arkib, muzium, galeri seni dan internet.
Seorang individu yang cekap tidak kira sama ada seorang itu adalah seorang pelajar, profesional atau seorang pekerja mesti berupaya mengenalpasti keperluan-keperluan maklumatnya iaitu tahu bagaimana untuk mengesan, mengakses, mendapat semula, menIlai, menyusun dan menggunakan maklumat itu.
Seseorang itu perlu tahu bagaimana memperolehi manfaat daripada maklumat yang telah dikumpulkan untuk menjadi seseorang yang celik maklumat (Lau 2006). Maklumat iaitu pengetahuan diperoleh menerusi proses mengetahui atau mengumpul maklumat yang akan mengembangkan kemampuan kita dalam berinteraksi dengan dunia di sekeiling kita. Proses mengumpul maklumat ini akan berterusan sepanjang hayat,sejak lahir sehingga ke akhir hayat. Sepanjang kehidupan setiap individu akan mengalami pelbagai bentuk permasalahan yang membuatkan dirinya mempelajari sesuatu dan mendapat maklumat yang baru.
Pengurusan maklumat adalah proses mengenal pasti, klasifikasi, pemeliharaan, dan pemansuhan sesuatu maklumat.
a) Setiap maklumat perlu disahkan akan kesahihhannya sebagai usaha menangkis sebarang fakta salah dan palsu dan dapat diterima memlalui teknik berikut:
i) Membentuk sikap positif untuk mengurus maklumat
ii) Melakukan tutorial atau bekerja dalam kumpulan
iii) Mencari mentor atau pembimbing
iv) Berkongsi pengetahuan
v) Menerap pengetahuan dalam menyelesaikan masalah
b) Pengurusan maklumat dapat dilaksanakan dengan efektif jika kita mahir dalam literasi maklumat. Tiga komponen asas sebagai piawaian literasi maklumat.
i) Boleh mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan.
ii) Mampu menilai maklumat dengan cekap dan kritis
iii) Dapat mengaplikasikan maklumat dengan tepat dan kreatif
c) Konsep literasi maklumat melibatkan beberapa kemahiran.
i) Perkembangan mencari maklumat
ii) Kelancaran maklumat
iii) Pendidikan pengguna
iv) Pengajaran bibliografi
v) Orientasi perpustakaan
vi) Konsep-konsep lain
vii) Kecekapan maklumat
viii) Latihan pengguna
Maklumat yang diperoleh perlu diurus secara sistematik agar maklumat berkenaan mudah dicapai dan difahami.Terdapat dua jenis maklumat iaitu maklumat dalam bentuk hard copy dan soft copy.
i) Maklumat berbentuk hard copy adalah bahan bercetak seperti jurnal, surat khabar dan kamus.
ii) Maklumat berbentuk soft copy adalah bahan yang didapati secara online seperti e-book dan e-jurnal.
Maklumat juga boleh diperoleh secara formal dan tidak berformal.
i) Maklumat formal iaitu sebarang maklumat yang dihasilkan secara rasmi seperti laporan.
ii) Maklumat tidak formal adalah sebarang maklumat yang dihasilkan secara tidak rasmi seperti maklumat dalam facebook.
BAHAN KULIAH TOPIK 7
a. Analisis Asas Maklumat
DEFINISI
Pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi Kemahiran berfikir asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir dan difahami dengan jelas. Analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci, objektif, dan gigih
Tujuan
Menganalisis maklumat bertujuan untuk meningkatkan pemahaman
Menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui
Bentuk maklumat yang perlu dianalisis ialah maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Maklumat kuantitatif berbentuk nombor manakala maklumat kualitatif berbentuk teks, lakaran, rajah, foto dan sebagainya.
KEMAHIRAN MENGANALISIS SECARA KRITIS
1) Menganalisis Idea
Menganalisis sesuatu perkara atau idea dengan cara:
a) Mengelas
b) Membanding dan membeza
c) Meneliti perhubungan bahagian keseluruhan
d) Membuat urutan
2) Menganalisis Hujah
a) Mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan dalam pemikiran apabila seseorang
mengkomunikasikan idea.
b) Mencari sebab dan kesimpulan
c) Mengusul periksa andaian
d) Membuat urutan
e) Mengatur perkara-perkara mengikut satu susunan berdasarkan criteria yang bermakna.
f ) Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu objek, organism, idea, atau institusi.
b Pentafsiran Dan Pembuatan Kesimpulan
Mentafsir maklumat
Mentafsir maklumat merupakan satu kebolehan untuk memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan,
Pelajar juga dapat mentafsir maklumat berdasarkan pelbagai data yang telah dikumpulkan melalui pencarian maklumat sebelumnya.
Terdapat pelbagai tujuan mentafsir maklumat, antaranya adalah seperti berikut :
- Mengesan pola atau corak berdasarkan maklumat yang diperoleh
- Menyatakan hubungan di antara maklumat
- Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan
Pentafsiran juga boleh dilakukan secara individu dan menggunakan teknologi dalam operasinya. Melalui pentafsiran, pelajar akan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan berguna tentang prestasi pembelajaran, bahan atau isu yang dibincangkan serta berupaya memberikan maklumat yang enar kepada stakeholders yang lain.
Prinsip asas dalam pentafsiran terhadap maklumat yang anda perolehi adalah seperti berikut :
i. Data yang holistik
ii. Memastikan keseimbangan dalam memberikan pendapat
iii. Pentaksiran yang tidak mengetepikan unsur humanistik
Berikut ini pula adalah ciri-ciri pentafsiran yang boleh anda gunakan untuk membuat tafsiran terhadap maklumat yang anda perolehi, antaranya :
i. Bersifat holistik
ii. Berasaskan elemen
iii. Merujuk kriteria
iv. Panca instrumen
v. Berpusatkan bahan dan tugasan
vi. Pelbagai bentuk
vii. On-line
viii. Berterusan
Mentafsir foto, gambar, grafik atau lakaran ialah
Seterusnya, antara cara mentafsir maklumat pula ialah apabila membaca bahan-bahan yang mengandungi gambar, graf, jadual atau rajah, pelajar perlu memberikan perhatian kepada semua maklumat yang disediakan. Catatkan ciri-ciri yang diperhatikankan menggunakan senarai semak yang disediakan. Tumpuan sebegini membolehkan pelajar membuat tafsiran terhadap persembahan visual menerusi jadual dan graf.
Membuat Kesimpulan
Kesimpulan dibuat setelah selesai menganalisis maklumat dengan melakukan penaakulan induktif, iaitu dengan melihat fakta dan kemudia membuat kesimpulan daripada fakta tersebut. Tafsiran ialah kesimpulan dari sudut pandangan tertentu. Kesimpulan adalah gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan. Kesimpulan yang dibuat ke atas data dan teks didapati bahawa kesimpulan yang dibuat ke atas data lebih mudah hasil analisis data biasanya lebih tepat kerana mengikut kehe dak dan keperluan pentafsir serta dipengaruhi nilai dan kefahamannya.
c. Penilaian maklumat
Dalam penilaian maklumat, pelajar harus tahu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan. Membuat penilaian dalam penulisan adalah membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan alasan-alasan yang mantap.
Setelah semua maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif dianalisis dan ditafsirkan, kesimpulan dibuat berdasarkan hasil analisis dan tafsiran yang telah dilakukan. Akhirnya, maklumat berkenaan akan melalui proses penilaian. Menilai maklumat merupakan pandangan dan idea penulis terhadap kesimpulan yang diperoleh berdasarkan pembacaan lepas berkaitan isu yang dibincangkan. Penilaian menjadi lebih mantap apabila penulis mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam berkaitan isu yang dibincangkan.
Terdapat dua perkara yang penting untuk menilai maklumat iaitu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan. Maklumat dalam penulisan dilakukan dengan membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan sebab-sebab yang kukuh. Kesimpulan dibuat berdsarkan hasil analisis dan tafsiran yang dibuat.
Penilaian juga dilakukan keatas maklumat yang ingin dijadikan bahan rujukan berdasarkan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai keberkesanan maklumat tersebut. Antaranya ialah :
a) Autoriti – kebolehpercayaan sesuatu maklumat
b) Ketepatan – maklumat yang benar memberi manfaat kepada pembaca
c) Saksama – bersifat adil dan neutral
d) Nilai semasa – maklumat terkini
e) Lengkap dan jelas – memberikan gambaran jelas dan lengkap
mengenai sesuatu isu
MENILAI MAKLUMAT
Definisi
1. Membuat pertimbangan untuk tujuan tertentu mengenai :
- nilai
- idea
- kerja
- penyelesaian
- kaedah
- bahan
2. melibatkan penggunaan kriteria dan juga 'standard-standard' untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara itu tepat, berkesan danmemuaskan.
Kriteria menilai maklumat :
- Autoriti
- Ketepatan maklumat
- Saksama
- Nilai semasa
- Lengkap dan jelas
- Ciri-ciri maklumat yang baik
- Tepat
- Cepat
- Lengkap
- Ringkas
- Berkaitan
Terdapat beberapa cara telah diperkenalkan untuk menilai maklumat .Antaranya adalah seperti berikut : (Rujuk rajah yang dilampirkan)
1. Perbandingan Fakta dan Pendapat
Fakta merupakan sesuatu yang diketahui umum sebagai benar-benar wujud, benar dan sahih.Pendapat pula merujuk kepada pandangan seseorang atau sesebuah pihak berkenaan sesuatu isul.Dalam erti kata lain pula,pendapat juga merupakan buah fikiran seseorang atau sesebuah organisasi.Ia tidak semestinya benar atau sahih. Misalnya, ‘perempuan itu sangat cantik’.Ayat ini merupakan pendapat daripada seseorang individu atas pandangannya dan bukannya semua orang berpendapat sama dengannya.
2. Tahun Penerbitan dan Autoriti
Maklumat-maklumat terkini perlu diperolehi daripada bahan-bahan maklumat yang terbaru.Bagi menilai sama ada maklumat yang diperolehi adakah terkini,kita boleh menyemak tarikh penerbitan bahan daripada mana maklumat tersebut didapati. Autoriti berperanan penting untuk mengetahui asal-usul maklumat yang telah diperolehi dan untuk menilai sama ada maklumat tersebut boleh dipercayai atau sebaliknya.Bagi menentukan kesahihan sesuatu maklumat yang diperolehi,kita boleh menyemak melalui perkara-perkara seperti berikut :
Siapakah penulis kepada karya berkenaan ?
Apakah kelayakan akademik penulis karya tersebut?
Adakah pengarang tersebut adalah seorang pakar dalam bidang yang ditulisnya?
Apakah karya-karya lain yang pernah dihasilkan oleh pengarang.
3. Kumpulan sasaran dan penerbit
Kemahiran menilai maklumat sangat penting kerana ia meupakan proses dalam menentukan sama ada sesuatu maklumat yang diperolehi berguna atau tidak. Artikel , kertas kerja atau kertas cadangan lazimnya dihasilkan untuk kumpulan sasaran yang tertentu.Ini adalah penting bagi menyemak sama ada maklumat yang diperolehi tersebut adakah sesuai atau tidak.Maklumat yang disasarkan kepada golongan belia atau pelajar sekolah menengah adalah kurang sesuai untuk pelajar-pelajar yang berpendidikan di universiti atau golongan profesional.Maklumat yang berkualiti tinggi biasanya dikeluarkan oleh penerbit yang terkenal di peringkat awal, wilayah ataupun antarabangsa.
- Golongan pelajar sekolah menengah
- Pelajar-pelajar Universiti
- Golongan Profesional
4. Bahan popular dan akademik
Bahan-bahan popular sering memaparkan maklumat yang berbentuk pendapat dan kurang fakta jika berbanding dengan bahan-bahan akademik.Maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan akademik kebanyakannya mempunyai rujukan bahan-bahan maklumat lain yang telah dirujuk oleh penulis.
Dalam bidang penguruan, kemahiran menilai ini akan membolehkan kita membuat transformasi dan refleksi terhadap apa yang telah dilakukan oleh kita terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Perkara ini juga membantu kita agar sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru,hasil daripada apa yang telah dilaluinya.
Kemahiran menilai maklumat bukan hanya digunakan untuk menilai teks pada masa kini.Melalui ledakan maklumat yang berlaku masa kini,maka kemahiran menilai maklumat ini amat penting diamalkan dari pelbagai sudut ,aspek serta sumber maklumat.Oleh itu,kemahiran ini benar-benar dapat membantu kita semasa membuat sebarang keputusan ataupun mengatasi masalah-masalah yang dihadapi semasa mencari maklumat.
d Mensintesis Maklumat
Tidak mudah untuk memahami atau mengetahui cara mensintesis maklumat. Sebenarnya, tidak semua orang selalu menjalankan sintesis. Ini untuk mengatakan bahawa terdapat orang yang kurang mahir daripada yang lain dalam cara mereka untuk mensintesis maklumat. Walau bagaimanapun, terdapat teknik dan latihan untuk meningkatkan prestasi anda. Perkara-perkara ini agak sukar untuk dikenalpasti, bagaimanapun, penting dalam kehidupan seharian dan dalam pekerjaan anda.
Mensintesis adalah penyusunan semula satu atau lebih teks untuk merangkumi idea atau konsep yang paling penting. Tindakan mensintesis menyiratkan refleksi, penafsiran, pengembangan dan asas idea-idea yang dikumpulkan yang mencerminkan pada intinya beberapa tahap subjektiviti.
Sintesis, walaupun digunakan sebagai sinonim untuk ringkasan, mempunyai beberapa perbezaan, kerana yang terakhir tidak menafsirkan melainkan memperlihatkan teks yang dikaji dengan cara yang lebih sederhana dan lebih disingkat. Dengan cara ini, mensintesis dianggap sebagai bentuk kajian yang membawa kepada peningkatan wacana argumentatif dan pemikiran kritis berikutnya.
Pada peringkat sintesis ini akan memudahkan pemahaman daripada pelbagai sumber maklumat. Melalui sintesis yang
dilakukan akan memberikan gambaran menyeluruh tentang maklumat akan dapat diketahui. Pelajar perlu menyediakan data yang lebih sistematik supaya data dapat sintesis dengan lebih sempurna.
Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan satu gambaran
menyeluruh dengan cara menggabungkan idea, menggubal semula, menyatukan idea-idea. Proses sintesis yang dijalankan dengan baik dan sempurna akan menjadikan maklumat lebih berharga.
Kepentingan sintesis maklumat
Setiap hari, kita dihujani dengan maklumat. Tidak selalu mudah untuk mencari maklumat harian yang penting atau
sekunder bergantung kepada keadaan. Dalam bidang kerja, mengembangkan semangat sintesis sangat penting untuk bergerak maju. Sama ada ia sedang mempelajari maklumat baru dari kerja anda, atau menyampaikannya, anda perlu untuk memilih apa yang penting untuk memahami sesuatu topik.
Semangat sintesis sangat penting bagi para pelajar, ia akan membolehkan bacaan yang berkesan dalam kursus.
Sesungguhnya, ia mungkin untuk menyerlahkan dan mengekalkan maklumat penting tanpa memuncak parameter sekunder seperti yang telah kita lihat. Pembelajaran sintesis juga membantu orang lain membuat keputusan dengan membimbing mereka dalam pilihan mereka. Kepakaran ini penting sama ada anda seorang wartawan, komunikator, wartawan atau pelajar. Walau bagaimanapun, kita mesti mengelak daripada membuat pautan antara sintesis dan ringkasan, sesungguhnya jika ia kelihatan hampir, namun ia mewakili realiti yang berbeza.
Perbezaan antara sintesis dan ringkasan
Maklumat mensintesis tidak ada hubungannya dengan meringkaskannya. Jika ringkasan adalah ringkasan maklumat
yang kami ada semasa cuba untuk mengurangkan maklumat kepada sintesis minimum terdahulu untuk bahagiannya berdasarkan pada perkara utama pada topik tertentu.
Sintesis adalah cara menyampaikan maklumat penting mengenai subjek tertentu. Tidak seperti ringkasan berdasarkan
dokumen, sintesis maklumat melampaui data tertulis untuk merangkumi bidang yang lebih luas dan lebih imajinatif. Oleh itu, ringkasan boleh mengambil maklumat akaun yang diingati dan yang akan membolehkan penerima mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai maklumat yang dihantar.
Teknik untuk mempelajari cara mensintesis maklumat dengan cepat
Bagi ramai orang, belajar untuk mensintesis maklumat tidak selalu mudah. Sesetengah teknik membolehkan anda melakukannya secara berkesan tidak kira jenis kerja sintetik yang perlu anda lakukan. Teknik-teknik ini akan membantu anda mengembangkan banyak kemahiran yang akan membantu anda dalam kehidupan seharian.
Dalam apa jua keadaan, adalah penting untuk memastikan bahawa maklumat itu mempunyai sumber yang boleh
dipercayai jika diperlukan. Tetapi adalah benar bahawa sesetengah teknik sintesis masih berdasarkan ringkasan.
Peringkat sintesis adalah peringkat untuk menjadikan data dalam bentuk baru dan bersepadu melalui kemahiran mengolah dan mencadangkan satu pembaharuan atau kefahaman baru. Perkataan yang biasa digunakan dalam
peringkat sintesis ini ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, intergrasikan, gabungkan dan sebagainya
.
SAMBUNGAN NOTA ....
SILA AKSES PAUTAN BLOG INI - PENYAMPAIAN MAKLUMAT
Tajuk Penyampaian Lisan
Perkataan komunikasi itu sendiri tentunya sangat tidak asing lagi untuk semua. Komunikasi sering kali digunakan dalam suatu interaksi bagi manusia dalam kehidupan seharian
Komunikasi lisan ini bukan sekadar melakukan perbualan sahaja. Akan tetapi, komunikasi lisan juga dikategorikan dalam ucapan, pembentangan, perbualan dalam telefon, mesyuarat dan sebagainya yang melibatkan komunikasi 2 hala
Setiap apa yang berlaku pasti akan ada kebaikan dan keburukkannya
KEBAIKAN KOMUNIKASI LISAN 🙂Mesej boleh melalui saluran komunikasi dengan cepat dan sampai kepada penerima.Maklum balas boleh diperoleh dengan cepat.Komunikasi lisan kebanyakkannya secara tidak formal dan kejujuran dapat dirasakan.
KEBURUKKAN KOMUNIKASI LISAN 🙁Penghantar tidak pandai berkomunikasi dengan baik mungkin tidak dapat menyampaikan mesej dengan sempurna.Tiada rekod simpanan kekal kerana berbentuk tidak nyata seperti bercakap.Lebih senang untuk menyampaikan mesej kerana komunikasi lisan melibatkan bersemuka dan boleh bersoal jawab pada masa yang sama.