Kami dengan berbesar hati membawakan Agents of Tech kepada keluarga dan bilik darjah, program kurikulum STEM khas Mastercard: Girls4Tech ™. Kami menjemput anda untuk berkongsi dan menikmati aktiviti bermanfaat ini bersama pelajar anda.
Di seluruh dunia, Girls4Tech menghubungkan asas perniagaan Mastercard dengan prinsip STEM melalui pembelajaran berasaskan inkuiri (inquiry-based learning) dan cabaran dunia nyata. Melalui Agents of Tech, pelajar akan berpeluang bertindak sebagai beberapa peranan profesional Mastercard STEM seperti Ahli Kriptologi, Pakar Pengesan Penipuan, Saintis Reka Bentuk dan Saintis Data. Pelajar menjalani "latihan ejen" dalam setiap bidang untuk menyelesaikan misi menarik dan memperoleh lencana.
Untuk memulakan pengembaraan Agents of Tech, pelajar perlu menekan butang "Selamat Datang, Ejen!" di laman utama.
Kita memerlukan minat dan kemahiran yang pelbagai untuk menceburi dan meneruskan kerjaya STEM. Kami berharap pelajar dapat menikmati pembelajaran, dalam masa yang sama, meningkatkan kemahiran mereka seterusnya mendorong mereka menceburi kerjaya STEM.
Yang Benar,
Susan Warner
Pengasas Girls4Tech, Mastercard
Untuk menghargai usaha ini, 3 guru dengan penyertaan murid tertinggi akan mendapat token RM100 dan sijil guru penyelaras!