Arahan 1 : Sila tonton Video Kata Majmuk
Arahan 1 : Sila tonton Video Kata Majmuk
Apa itu Kata Majmuk?
Kata Majmuk merupakan kata yang wujud apabila dua atau lebih kata dasar dirangkaikan untuk membawa makna yang tertentu.
Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
Ciri-ciri Kata Majmuk
a) Lazimnya dieja terpisah dan sebilangan kecil dieja sebaga Kata majmuk yang dieja terpisah dikenali sebagai kata majmuk tidak mantap dan kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan dikenali sebagai majmuk mantap.
Kata majmuk tidak mantap : air mata, sudut tepat, kata kunci
Kata majmuk mantap : warganegara, bumiputera, matahari
B) Mempunya makna tertentu iaitu berbeza daripad makna asal.
kaki bangku - kata bangku merujuk seseorang yang tidak bermain bola.
C) Tidak boleh disisipkan dengan unsur lain.
Contohnya : tengah hari - tengah hari ialah kata majmuk kerana di tengahnya tidak boleh disisipkan dengan kata atau unsur lain seperti yang menjadi tengah yang hari.
Kata Majmuk Mantap