PERTANDINGAN SMTECH CREATIVE CHALLENGE 2022
KLIK LINK PENDAFTARAN DI BAWAH MENGIKUT ZON
LINK SOALAN AKAN DIBERIKAN PADA : 28 Ogos 2021 ( bermula jam 2:30 petang)
1.0 KELAYAKAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk sekolah di bawah MARA dan SBP). Tingkatan 1 hingga 6.
2.0 KATEGORI PERTANDINGAN
4.1 Kategori Menengah Rendah – pelajar Tingkatan 1 hingga 3.
4.2 Kategori Menengah Atas – pelajar Tingkatan 4 dan 5.
4.3 Kategori Tingkatan Enam – pelajar Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas.
**Soalan hanya akan dimuatnaik pada 28 Ogos 2021 bermula jam 2.30 petang. Tempoh masa menjawab adalah selama 1 JAM bermula 2.30 petang dan tamat pada 3:30 petang.
3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
5.1 Penyertaan mestilah menggunakan ID DELIMA.
5.2 Pautan pendaftaran penyertaan akan dibuka pada tarikh 9 Ogos hingga 27 Ogos 2021.
5.3 Pendaftaran penyertaan adalah mengikut zon seperti berikut :
i. Zon Utara – Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
ii. Zon Tengah – Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Wilayah Persekutuan Putrajaya.
iii. Zon Selatan – Negeri Sembilan, Melaka & Johor.
iv. Zon Timur – Pahang, Terengganu dan Kelantan.
v. Zon Borneo - Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
5.4 Setiap zon dihadkan sebanyak 300 penyertaan bagi setiap kategori
(first come first serve).
5.5 Pendaftaran penyertaan mestilah di dalam tempoh yang telah ditetapkan.
4.0 KAEDAH PENGHAKIMAN
6.1 Markah kuiz akan dikira secara automatik oleh sistem dan tidak akan dipamerkan kepada peserta.
6.2 Penentuan peringkat penyertaan bergantung kepada peserta yang menyertai pertandingan ini.
6.3 Hanya 5 peserta yang terbaik akan menerima sijil pencapaian, manakala yang berjaya menjawab kesemua soalan akan menerima sijil penyertaan
6.4 Keputusan yang dikeluarkan adalah muktamad. Peserta tidak dibenarkan membuat rayuan untuk semakan semula.
5.0 PANDUAN PENGELOLAAN
7.1. Soalan kuiz akan diberikan secara atas talian mengikut kategori dan disediakan di dalam dwi bahasa
(Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris).
7.2. Pautan kuiz akan dihantar secara automatik melalui e-mail kepada peserta yang telah mendaftarkan diri
untuk kuiz, iaitu pada hari yang sama dengan pendaftaran.
7.3. Pertandingan akan berlangsung pada 28 Ogos 2021 pada jam 2.30 hingga 3.30ptg. Peserta dikehendaki besedia 15 minit lebih awal dengan alat peranti masing-masing.
7.4. Pautan kuiz akan dibuka tepat jam 2.30 ptg dan akan ditutup tepat jam 3.30ptg.
7.5. Setiap kategori kuiz mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan STEM dan disusun secara rawak. Peserta perlu menjawab kesemua soalan bagi membolehkan menerima sijil penyertaan.
7.6. Tempoh menjawab soalan kuiz adalah 1 jam dan dijalankan secara serentak.
7.7. Keputusan pertandingan akan dikeluarkan sebulan selepas tamat pertandingan.
7.8. Sijil-sijil akan dihantar kepada peserta melalui emel.
***Sebarang masalah boleh dirujuk kepada Pn Norsuhana bt Liman (0166430976) atau Cik Nurul Ain Binti Tengah (019-9900152)
ANDA JUGA BOLEH MERUJUK PERTANDINGAN INI SEPERTI DI BAWAH :-