PERTANDINGAN SMTECH CREATIVE CHALLENGE 2022
DISOKONG OLEH:
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Link TELEGRAM Rasmi GSMTECH2022
https://t.me/+ZDtGJIg1QKphOTU1
SILA KE PAUTAN HALAMAN PERTANDINGAN DI BAWAH BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT
EDUBIT CREATIVE CHALLENGE
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Menengah yang mempunyai akaun DELIMA dan e-Didik (sekolah dibawah kelolaan KPM, sekolah MRSM dan sekolah swasta yang berdaftar di bawah KPM)
Terbuka kepada semua murid tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 secara berkumpulan (3 orang).
Terdapat 2 kategori iaitu Menengah atas dan Menengah rendah
Tema menengah atas - SUSTAINABLE LIVING
Tema menengah rendah - ENERGY EFFICIENCY
Setiap penyertaan adalah percuma, dan wajib menggunakan ID DELIMA / e -Didik
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Menengah yang mempunyai akaun DELIMA dan e-Didik (sekolah dibawah kelolaan KPM, sekolah MRSM dan sekolah swasta yang berdaftar di bawah KPM)
Terbuka kepada semua murid tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 secara berkumpulan (3 orang), mengikut 2 kategori menengah atas dan menengah rendah.
Setiap penyertaan adalah percuma, dan wajib menggunakan ID DELIMA / e -Didik
PAUTAN Line Following Trek : ZOOM:BIT ROBOT
Terbuka kepada semua murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5 yang mempunyai akaun DELIMA dan e-Didik (sekolah dibawah kelolaan KPM, sekolah MRSM dan sekolah swasta yang berdaftar di bawah KPM)
Terdapat dua kategori pertandingan:
- Terbuka Kategori Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)
- Terbuka Kategori Menengah Atas (Tingkatan 4-5)
Penyertaan adalah secara individu
KATA ALU ALUAN PENGETUA SMK KING GEORGE V, SEREMBAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Pengelola dengan berlangsungnya Pertandingan “Georgian SMTech Creative Challenge 2022", memberi peluang kepada saya untuk merakamkan kata-kata aluan ini.
Matlamat utama aktiviti-aktiviti pertandingan Kokurikulum Akademik STEM bertujuan merealisasikan salah satu elemen utama (Keberhasilan Murid) dalam inisiatif pengukuhan STEM, iaitu melahirkan murid yang berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan masalah dan mencipta idea dan seterusnya menghasilkan sesuatu yang baharu melalui pembelajaran bersepadu merangkumi STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar.
Maka, peluang menyertai pertandingan ini yang diberikan kepada pelajar-pelajar seluruh Malaysia membolehkan para pelajar mendapat markah PAJSK yang baik. Peluang ini perlu digunakan sebaik mungkin oleh para pelajar .Di samping itu, program ini juga dapat memupuk sikap berkerja secara berpasukan dalam menyelesaikan masalah. Para pelajar juga dapat melakukan perkongsian ilmu antara ahli kumpulan yang mempunyai gabungan kreativiti mereka yang tersendiri. Pendedahan ilmu tentang aplikasi dan teori-teori yang telah dipelajari di dalam sains boleh juga diaplikasi dalam kehidupan seharian.
Akhir kata , saya mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang akan bertanding. Besar harapan saya agar mereka yang menyertai pertandingan akan beroleh kejayaan serta menjadi kebanggaan semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan juga sekolah. Selaku wakil pihak pengelola dan Ahli Jawatankuasa Georgian SMTech Creative Challenge 2022 juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta. Semoga berjaya hendaknya.
Sekian,
‘STEM Melestarikan Kehidupan’
HAJI EZAIDDIN BIN HUSSAIN,
PENGETUA CEMERLANG
SMK KING GEORGE V
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
TARIKH-TARIKH PENTING PERTANDINGAN
1.0 PERTANDINGAN EDU:BIT CREATIVE CHALLENGE
13 SEPTEMBER 2022 PELANCARAN SERTA TAKLIMAT PERTANDINGAN
13 HINGGA 30 SEPTEMBER 2022 PENDAFTARAN PERTANDINGAN
26 SEPTEMBER HINGGA 16 OKTOBER 2022 PENGHANTARAN VIDEO
2.0 PERTANDINGAN ZOOM:BIT ROBOT
13 HINGGA 30 SEPTEMBER 2022 PENDAFTARAN PERTANDINGAN
26 SEPTEMBER HINGGA 16 OKTOBER 2022 PENGHANTARAN VIDEO
3.0 PERTANDINGAN TIK TOK ATTRACTIVE LEARNING CHALLENGE
13 HINGGA 30 SEPTEMBER 2022 PENDAFTARAN PERTANDINGAN
31 SEPTEMBER HINGGA 15 OKTOBER 2022 PENGHASILAN VIDEO
26 SEPTEMBER HINGGA 16 OKTOBER 2022 PENGHANTARAN PAUTAN VIDEO
17 OKTOBER 2022 PENJURIAN
9 NOVEMBER 2022 PENGUMUMAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN
Sebarang Masalah Atau Pertanyaan Boleh Terus Berhubung Dengan:
CIKGU NURUL HAFIZA BINTI BADRUDDIN - 014-5094312
CIKGU NORMAWARNI BINTI HASSAN - 012-9205942
CIKGU NORASUZANAH BINTI OMAR (EDU:BIT) - 012-6994072
CIKGU NURSHAHIDA BINTI MOHD RABANI (ZOOM:BIT) - 017-2030754
CIKGU SITI KAMILAH BINTI IDRIS (TIK TOK) - 019-9168965