Bahan-bahan digital yang disediakan boleh digunakan oleh guru dan anak murid semasa pembelajaran dan pemudahcaraan di sekolah atau pembelajaran di rumah. Semua bahan yang disediakan adalah berdasarkan Standard Pembelajaran (SP) ditambah dengan elemen Pentaksiran (Standard Prestasi).
Terdapat dua versi bahan yang disediakan:
Versi digital - dalam bentuk Google Slides, Google Docs, Google Sheets, LiveWorksheets, Permainan WordWall dan Padlets.
Versi Pdf - boleh dimuat-turun, cetak dan guna
Bagi guru / murid yang ingin menggunakan bahan-bahan digital yang dibina menggunakan tiga aplikasi ini, anda perlu "make a copy". Maksudnya bahan tersebut akan disimpan sebagai satu salinan dalam Google Drive anda. Anda adalah pemiliknya. Maka, anda boleh taip jawapan tanpa mengganggu fail asal di dalam Google Site ini. Semua bahan yang cikgu muat-turun ini boleh dihantar ke Google Classroom.
Untuk LiveWorksheets pula, anak murid hanya perlu jawab sahaja dan skor akan dipaparkan. Sekiranya guru ingin tahu skor murid, boleh meminta murid muat-turun atau screenshot dan hantar kepada guru. LiveWorksheet boleh dihantar ke Google Classroom juga.
Murid hanya perlu klik masuk dan main permainan ini. Sama juga dengan LiveWorksheets, murid boleh screenshot markahnya dan hantar kepada guru. Sekiranya guru ingin menjadi pemilik kepada permainan tersebut agar dapat melihat skor murid kelasnya, guru boleh klik "share link" dalam wordwall tersebut dan hantar kepada murid. Wordwall boleh dihantar ke Google Classroom.
Padlet adalah sesuai digunakan sebagai media komunikasi dua-hala semasa pembelajaran atas talian terutama semasa Google Meet. Ia kurang sesuai digunakan oleh murid secara individu. Maka, guru boleh menjadi pemilik kepada Padlet dengan klik "remake". Dalam akaun percuma, guru hanya dapat 3 padlet percuma sahaja. Guru boleh subsribe dengan bayaran RM12.00 sebulan dengan penggunaan yang tidak terhad (unlimited).
Semoga bahan digital ini dapat digunakan sepenuhnya. Jika ada sebarang pertanyaan / cadangan/ komen, boleh beri maklumbalas dalam halaman "PELAWAT". Terima kasih.