KERTAS KONSEP
Genta Suara Generasi Madani ini adalah merupakan Pertandingan Nyanyian Solo dan Duo Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2025. Pertandingan ini sebagai memberi pendedahan dan memupuk penghargaan pendidikan seni muzik dalam bidang nyanyian lagu-lagu irama Malaysia kepada murid peringkat sekolah rendah dan lagu-lagu pop bagi sekolah menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.
2.1 Mengembangkan bakat seni nyanyian lagu-lagu irama malaysia yang ada di dalam jiwa murid ke arah hobi yang berfaedah;
2.2 Mempunyai pilihan kerjaya pada masa akan datang;
2.3 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti muzik yang dijalankan di peringkat sekolah secara terancang;
2.4 Sejajar dengan Pelan Pendidikan Seni Kebangsaan (PPSK) 2021-2030, seni budaya perlu diketengahkan seperti yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (2024) “Kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap usaha mengangkat martabat seni, budaya dan sastera negara selaras ikhtiar yang digariskan dalam gagasan Malaysia MADANI”
GAMBAR PERJALANAN GENTA SUARA 2025