APA ITU GEG?

Google Educators Groups (GEGs/Komuniti Pendidik Google) membantu membawa para pendidik tempatan bersama secara bersemuka atau di atas talian untuk belajar, berkongsi, berinspirasi dan memperkasakan satu sama lain. GEGs menyediakan sebuah platform untuk para pendidik berkolaborasi antara satu sama lain, membolehkan mereka mendapatkan idea kreatif baharu dan membantu satu sama lain dalam mencari kaedah terbaik memenuhi keperluan para pelajar mereka.

Caption for the image above

GOOGLE CERTIFIED EDUCATOR LEVEL 1

Persijilan Google bagi pendidik yang berjaya menunjukkan kemahiran asas dalam menggunakan produk/aplikasi Google di dalam teknologi dan pendidikan

GOOGLE CERTIFIED EDUCATOR LEVEL 2

Persijilan Google bagi pendidik yang berjaya menunjukkan kemahiran lanjutan dalam menggunakan produk/aplikasi Google di dalam teknologi dan pendidikan

GOOGLE CERTIFIED TRAINER

Bagi pendidik yang melepasi GCE Level 1, GCE Level 2, ujian TSA (Trainer Skills Assessment) dan melengkapkan portfolio untuk Google for Education. Pendidik dengan kelayakan GCT mesti mengekalkan status GCT dengan membuat latihan kepada orang lain dengan jumlah minima 12 latihan setahun.