Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
• Perbezaan di antara pelengkap dengan objek atau penyambut ialah pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat manakala objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh dipasifkan.
• Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama.
Contoh ayat:
Kehidupannya menjadi semakin miskin. ( kata adjektif )
Mereka sekeluarga tinggal di Johor. (frasa sendi nama )
Pengemis itu tidur berselimutkan surat khabar. (kata nama )