Setiap perniagaan memerlukan modal untuk dimulakan dan dikembangkan. Modal digunakan bagi membiayai kos permulaan seperti pembelian barang, sewaan tempat, pemasaran dan operasi harian. Modal boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai, peralatan, inventori, atau aset yang lain yang mempunyai nilai keawangan. (Azwan, 2024). Terdapat pelbagai sumber modal yang boleh dipertimbangkan seperti , pinjaman bank, geran daripada agensi kerajaan, pelabur swasta dan crowdfunding. Memahami kelebihan dan kekurangan setiap sumber ini membantu usahawan membuat pilihan yang sesuai dengan jenis perniagaan dan tahap risiko yang sanggup diambil.
Modal sendiri ialah wang atau aset yang disediakan oleh pemilik perniagaan sendiri, tanpa pinjaman, untuk menjalankan atau memulakan perniagaan.
Kelebihan:
Tidak perlu bayar balik - Tiada komitmen pinjaman.
Tiada faedah dikenakan - Lebih jimat kos.
Kawalan penuh - Pemilik bebas membuat keputusan tanpa pengaruh luar.
Kurang risiko hutang - Tidak terbeban dengan tanggungan kewangan.
Lebih fleksibel - Boleh digunakan bila-bila masa mengikut keperluan.
Kekurangan:
Modal terhad - Bergantung kepada kemampuan pemilik sahaja.
Risiko ditanggung sendiri - Kerugian perlu ditanggung sepenuhnya oleh pemilik.
Pertumbuhan perniagaan terhad - Sukar untuk berkembang jika modal tidak mencukupi.
Beban kewangan peribadi - Mungkin menjejaskan kewangan peribadi jika perniagaan gagal.
Kurang sokongan luar - Tiada rangkaian atau sokongan daripada pelabur atau institusi kewangan.
Pinjaman institusi kewangan ialah pembiayaan yang diperoleh daripada bank atau institusi kewangan lain seperti koperasi atau syarikat kredit, yang perlu dibayar balik dalam tempoh tertentu bersama faedah.
Kelebihan:
Jumlah modal besar - Membolehkan perniagaan berkembang lebih cepat.
Pelan bayaran fleksibel - Bayaran balik mengikut tempoh dan kadar tertentu.
Meningkatkan aliran tunai - Membantu pengurusan kewangan perniagaan.
Meningkatkan imej perniagaan - Menunjukkan keyakinan institusi terhadap perniagaan.
Kekurangan:
Perlu bayar balik dengan faedah - Menambah kos perniagaan.
Risiko hutang - Jika gagal bayar, boleh menjejaskan kewangan dan aset.
Perlu cagaran - Sesetengah pinjaman memerlukan jaminan.
Proses kelulusan rumit - Melibatkan dokumen dan semakan kelayakan.
Beban bulanan - Kenaikan komitmen kewangan setiap bulan.
Geran atau pembiayaan kerajaan ialah bantuan kewangan yang diberikan oleh agensi kerajaan kepada usahawan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan, sama ada dalam bentuk tunai, latihan atau kemudahan.
Kelebihan:
Tidak perlu bayar balik (jika geran penuh).
Mengurangkan beban kewangan usahawan.
Ada sokongan dan bimbingan daripada agensi kerajaan.
Meningkatkan kredibiliti perniagaan.
Kekurangan:
Proses permohonan rumit dan kompetitif.
Perlu laporan berkala dan pemantauan.
Jumlah terhad dan bersyarat.
Lambat diluluskan berbanding sumber lain.
Pelabur ialah individu atau syarikat yang melaburkan wang dalam perniagaan dengan harapan mendapat pulangan keuntungan (dividen atau saham).
Kelebihan:
Suntikan modal besar.
Boleh dapat nasihat dan rangkaian (network) pelabur.
Tingkatkan potensi pertumbuhan perniagaan.
Tiada beban bayar balik seperti pinjaman.
Kekurangan:
Perlu kongsi keuntungan.
Kehilangan kawalan penuh - pelabur mungkin campur tangan.
Perlu yakinkan pelabur dengan pelan perniagaan yang mantap.
Crowdfunding ialah kaedah mengumpul modal daripada orang ramai melalui platform atas talian seperti PitchIN, Kickstarter dengan memberi ganjaran, produk awal atau saham.
Kelebihan:
Akses kepada ramai penyumbang.
Membina komuniti sokongan dan kesedaran awal.
Tiada faedah atau beban hutang.
Boleh uji pasaran sebelum produk dilancarkan.
Kekurangan:
Perlu kempen pemasaran yang kuat.
Tidak pasti berjaya capai sasaran.
Mungkin ada kos platform atau yuran transaksi.
Sila baca nota dan tonton video di bawah untuk memahami konsep dan contoh sumber modal dalam perniagaan dengan lebih jelas.
Klik dan jawab kuiz ini untuk lihat sejauh mana kefahaman anda tentang subtopik ini!