🎯Gambus merupakan alat muzik Arab yang dinamakan oud, bermaksud kayu. Alat muzik ini dibawa dari negara Arab atau Timur Tengah. Alat muzik ini mula berkembang di negeri Johor pada awal abad ke-20 yang dibawa oleh pedagang Arab dari Hadhramaut.Â
🎯Gambus merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia yang berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua.Â
🎯Gambus tergolong dalam alat muzik jenis ‘petik’ yang dikatakan berasal dari Timur Tengah. Ia terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali.
🎯Gambus biasanya dipetik menggunakan plektrum atau jari.Â
🎯Berikut ialah video cara memainkan alat muzik gambus.
🎯Gambus memainkan peranan penting dalam budaya muzik masyarakat Melayu dan sering digunakan untuk mengiringi pelbagai jenis persembahan tradisional. Salah satu tarian tradisional yang sering diiringi oleh gambus ialah tarian zapin. Zapin dipercayai diperkenalkan ke alam Melayu oleh pedagang Arab dari Hadramaut sekitar abad ke-15. Pada asalnya, tarian ini hanya dipersembahkan oleh lelaki, tetapi kini wanita juga turut serta.Â
🎯Persembahan zapin bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan tetapi juga sebagai medium untuk menyampaikan nilai-nilai budaya dan keagamaan kepada masyarakat.
🎯Berikut ialah video tarian zapin yang diiringi oleh alunan alat muzik gambus.Â