KARNIVAL FUTSAL & BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH KLANG - 30,31JULAI & 1 OGOS 2024
Karnival Sukan Futsal dan Bola Jaring ialah satu aktiviti permainan yang disertai oleh murid prasekolah berumur 5 dan 6 tahun. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan murid yang sempurna dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS).
vMembolehkan murid-murid mengamalkan gaya hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif.
1.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai
1.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.
1.3 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif.
1.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid.
1.1 Sekolah yang mempunyai kelas Prasekolah KPM di Daerah Klang.
1.2 10 orang murid lelaki dari setiap sekolah yang mempunyai Kelas Prasekolah Daerah Klang untuk permainan Futsal.
1.3 10 orang murid perempuan dari setiap sekolah yang mempunyai Kelas Prasekolah Daerah Klang untuk permainan Bola Jaring.