Program ini dianjurkan sempena sambutan Jubli Perak Ke-25 Tahun SMK Tagasan. Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga sekolah dan komuniti setempat.
SMK Tagasan Semporna adalah sebuah projek kilat yang telah dibuka pada 4 Januari 1988 berdekatan dengan SK Tagasan Semporna. Pada masa itu hanya terdapat 10 orang guru termasuk Pengetua, 4 bilik darjah dan 154 orang pelajar Tingkatan 1. Pada penggal kedua persekolahan, sekolah ini menerima 45 orang pelajar tingkatan 2 yang didatangkan dari SMK Datuk Panglima Abdullah Semporna. Bilangan kelas ketika itu ialah 6 buah kelas iaitu 4 kelas Tingkatan 1 dan 2 kelas untuk Tingkatan 2. Manakala sumber pelajar sekolah ini didatangkan dari SK Tagasan, SK Kubang Pinang, SK Pegagau, SK Bangau-Bangau dan SK Simunul.
Pada tahun 1998, SMK Tagasan berpindah ke tapak baru di Kampung Tagasan Tani sehinggalah sekarang.
Kini tahun 2026, genaplah 28 tahun penubuhan SMK Tagasan. Ketika catatan ini ditulis, sekolah ini mempunyai seramai 110 orang guru dan staf serta 1,300 orang murid.
Sepanjang penubuhannya, SMK Tagasan telah melahirkan ramai pelajar cemerlang dan menyumbang secara signifikan dalam pembangunan modal insan, khususnya kepada masyarakat Semporna.