Membuka sebuah borang untuk memasuki data ke dalam pangkalan data
Menjana laporan untuk maklumat yang diperlukan
Menghasilkan query untuk mendapatkan maklumat mengikut 1 atau 2 kriteria
Keluar dari sistem perisian
Switchboard merupakan sebuah antara muka bergrafik yang dihasilkan untuk memudahkan seorang pengguna melakukan tugasan seperti:
Mengemaskini data baru ke dalam pangkalan data
Menjana laporan dengan mudah jika perlu,
Menjana query yang sesuai dengan kehendak
Klik Borang yang dikehendaki
Isi maklumat yang yang betul mengikut medan dalam borang.
Tekan 'Tab' untuk simpan maklumat. Borang akan dikosongkan untuk maklumat baru
Tutup Borang
Tips: Pastikan maklumat berkenaan kunci asing sesuatu jadual diisi dengan betul.
Klik ikon di menu teratas dan More Commands...
2. Pilih All Commands
3. Klik Database Tools > New Group. Satu 'New Group akan muncul dalam menu Database Tools.
4. Pilih Switchboard manager dan klik Add ke dalam New Group
Switchboard akan dihasilkan melalui penghasilan makro. Makro ialah siri arahan yang dilaksanakan secara automatik apabila suatu data dimasukkan atau butang ditekan.
Makro memudahkan automasi pangkalan data dan interaksi dengan pengguna. Maka, ia sesuai untuk digunakan dalam penggunaan Switchboard
Untuk arahan keluar sistem, tambah satu arahan baru untuk Exit Application
Apakah borang atau laporan yang anda perlukan?
Apakah susunan yang logikal yang memudahkan pengguna?
Adakah rupa bentuk yang sesuai untuk memudahkan pengguna menggunakan Switchboard anda?