Anda terima pakej misteri yang dihantarkan ke rumah anda. Dalam pakej itu, terdapat set Goggle Virtual Reality dan dua perkataan pada pakej itu. Anda telah buat keputusan untuk lihat apa yang dalam dunia maya yang terkandung dalam goggle tersebut. Anda duduk di sofa rumah anda, sambil pakaikan set Goggle. Anda tertanya-tanya, kenapa perkataan "Tolong kami" dituliskan pada pakej itu.
Eh? Kenapa gelap...tak nampak apa-apa pun?" anda terfikir. Tiba-tiba, mata anda hampir dibutakan oleh cahaya terang yang muncul tiba-tiba dan tanpa amaran.
Sebaik sahaja anda buka mata, anda lihat bangunan yang termusnah di hadapan anda. Udara sejuk.
Anda mendengar nama anda dipanggil. Anda menoleh dan melihat seseorang berpakaian merah.
"Terima kasih kerana datang! Andalah adiwira yang kami nanti-nantikan untuk menyelamatkan dunia kami!"
Rupanya, ini adalah dunia alam data, dan menurut ramalan yang dibuat beratus tahun lalu, anda adalah penyelamat yang ditakdirkan untuk dunia ini.
"Struktur di alam data sedang menghadapi ancaman besar. Pangkalan data yang menjadi asas dunia kami perlu dibina semula!"
Titah DB, Raja Dunia Alam Data
Ayuh, jom kita sama-sama bantu DB untuk memulihkan dunia alam data.
Sebelum kita mulakan pembinaan pangkalan data yang baik, jom kita belajar pengetahuan asas pangkalan data.