Kewujudan teknologi maklumat, e-pembelajaran menjadi alternatif kepada pembelajaran jarak jauh. Pembelajaran dalam talian lebih menarik kerana ianya berbentuk multimedia iaitu gabungan teks, grafik, bunyi, video dan animasi. Ia juga boleh dilaksanakan secara interaktif dan masa sebenar. Program ini bertujuan memastikan semua warga sekolah mengetahui kelebihan site e-pembelajaran mengikut panitia masing-masing. Latihan dan kemahiran ini diperlukan mengikut keperluan semasa bagi meningkatkan kompetensi guru-guru dan warga sekolah dalam menghasilkan bahan pembelajaran dan bahan kerja  digital yang berkualiti, menarik, interaktif dan boleh dikongsi secara kolaboratif. Ini selaras dengan visi sekolah untuk mendigitalkan bahan pengajaran, bahan pembelajaran, pergurusan operasi setiap unit dan seterusnya menjadikan aplikasi digital sebagai suatu budaya sekolah dan selari dengan pembestarian sekolah.

e-SITE FHOC merupakan site e-pembelajaran dalam talian yang menggunakan pendekatan pembelajaran mikro yang disediakan oleh semua panitia mata pelajaran di KTE Forest Heights Seremban. Pendekatan e-pembelajaran  adalah dalam bentuk multimedia interaktif (e-learning courseware) dan digunakan sebagai bahan e-Pembelajaran secara bersemuka atau akses kendiri (self access learning) oleh semua warga sekolah.