Waadat ialah perjanjian antara Demang Lebar Daun yang mewakili golongan diperintah dengan Sang Sapurba yang mewakili golongan pemerintah
Dalam petikan di atas, Sang Sapurba yang mewakili golongan Raja telah meminta rakyat supaya tidak menderhaka, jika rakyat menderhaka maka mereka akan mendapat tulah iaitu kecelakaan yang menimpa seseorang kerana melanggar larangan atau titah raja dan menderhaka kepada raja. Rakyat tidak boleh membunuh raja walaupun raja melakukan kesalahan. Raja/Kerabat diraja perlu berkelakuan baik. Rakyat akan mengikuti tingkah laku yang baik . Jika rakyat tidak mengikut Perjanjian /waadat. Mereka akan ditimpa bencana. Dalam masa yang sama Raja tidak boleh menzalimi rakyat, jika raja menzalimi rakyat maka kerajaannya akan musnah.
Soalan ini berbentuk KBAT dan memerlukan calon menjana idea yang kritis dan rasional untuk menjawabnya. Fakta di bawah boleh digunakan untuk menjawab soalan ini.
Rakyat hendaklah setia kepada raja
Hubungan baik antara Raja dan rakyat dapat membentuk masyarakat bersatu-padu
Raja adalah lambang perpaduan
Raja yang adil dapat menjadikan negara aman dan makmur
Semua rakyat perlu setia kepada negara
Kita perlu mengekalkan kedaulatan negara
Kita tidak boleh menyebarkan berita palsu mengenai negara dan memburukburukkan negara di media sosial seperti di Instagram/FB/ Twitter/TikTok
Kita perlu mengekalkan kestabilan politik negara