Soal selidik adalah satu instrumen pengumpulan data yang terdiri daripada satu set soalan yang disusun secara sistematik untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Dalam konteks ini, soal selidik guru dan murid merupakan alat yang digunakan untuk mengumpul maklumat, pandangan dan pengalaman mengenai pelbagai aspek pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Tujuan borang soal selidik diedarkan adalah untuk memperoleh data yang dapat dianalisis bagi memahami keadaan di sekolah, menilai keberkesanan strategi pengajaran dan program sekolah, mengenalpasti keperluan pembangunan profesional guru dan keperluan pembelajaran murid serta menggunakan maklumat yang diterima untuk merancang dan melaksanakan penambahbaikan dalam pengurusan sekolah.