TUGAS HAKIKI :
Merujuk pada senarai tugas Portfolio Berjawatan (H 11) yang disandang di para 2.1. Bab 2
PENGURUSAN KURIKULUM
Menyediakan Rancangan Tahunan.
Terima panggilan mesyuarat/bengkel dari PPD
Hadir mesyuarat / Bengkel
Mengadakan perbincangan untuk memilih dan menyusun jadual awal dan akhir tahun.
Mengadakan perbincangan untuk memilih dan menyusun tema
Memilih dan menyusun Hasil Pembelajaran berdasarkan KSPK
Merancang cadangan aktiviti berdasarkan SP dan Tema
Cetak dan bukukan - 1 salinan dihantar kepada PPD dan 1 salinan kepada Guru Besar
Menyediakan rancangan pelajaran harian berdasarkan jadual waktu.
Merancang aktiviti dan teknik pengajaran dan pembelajaran berdasarkan SP dan tema.
Membina BBM yang sesuai.
Menyediakan lembaran kerja.
Cetak dan failkan rancangan pelajaran harian.
Hantar Rancangan Pelajaran Harian (RPH) kepada GB untuk semakan dan pengesahan.
Menjalankan set induksi
Melaksanakan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang.
Memberi latihan berdasarkan kemahiran yang diajar
Menilai keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran terhadap murid.
Membuat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan
Membuat refleksi.
Membuat Penilaian Murid.
Mengenalpasti murid yang hendak dinilai
Memerhati perlakuan / tingkahlaku murid
Menentukan jenis rekod
Membuat catatan dan melengkapkan rekod
Kemaskini rekod
Simpan dalam fail peribadi murid
Menerima dan mengisi data IPPK dengan tujuan untuk mengetahui tahap pencapaian murid mengikut tunjang tunjang yang dipelajari .
Membuat Rumusan pencapaian dan menghantar pelaporan ke PPD untuk tindakan selanjutnya.
Melaksanakan pertemuan bersama ibu bapa dan penjaga sekurangnya 2 kali setahun dengan tujuan melaporkan perkembangan murid dalam IPPK .
Adalah diharapkan dengan wujudnya kerjasama yang mantap ini dapat meningkatkan lagi pencapaian murid diperingkat Prasekolah.
PENGURUSAN KO KURIKULUM
Merancang Takwin Tahunan
Terima takwim sekolah, daerah dan negeri.
Membina takwim tahunan Prasekolah selaras dengan takwim sekolah, daerah dan negeri.
Memurnikan takwim yang dibina.
Cetak dan pamerkan di papan kenyataan kelas.
Hantar salinan kepada Pengetua/Guru Besar, PPD dan JPN.
Melaksanakan aktiviti yang dirancang.
Membuat laporan aktiviti yang telah dilaksanakan dan hantar ke PPD.
Terima arahan dari PPD/GB/GPK Kokurikulum.
Hadir mesyuarat penetapan syarat dan peraturan pertandingan di peringkat PPD.
Mesyuarat penetapan syarat dan pertandingan di peringkat PPD.
Buat perlantikan jawatankuasa pelaksana.
Penyediaan murid-murid mengikut acara yang dipertandingkan
Melaksanakan aktiviti yang dirancang
Mesyuarat penambahbaikan
Menubuhkan jawatankuasa lawatan.
Merancang tempat dan tarikh lawatan.
Mendapatkan maklumat terperinci tentang tempat yang hendak dilawati.
Memohon kebenaran membuat lawatan dari JPN/PPD.
Memberi taklimat kepada ibu bapa .
Mengedarkan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga .
Menghantar surat makluman ke tempat lawatan .
Menguruskan pengangkutan .
Membuat lawatan.
Menyediakan laporan dan dokumentasi
PENGURUSAN MURID
Permohonan kemasukan murid ke kelas prasekolah.
Mengiklankan pengambilan murid.
Permohonan pendaftaran secara online
Memperbanyakkan dan mengedar borang permohonan secara manual.
Merekod borang permohonan yang dikembalikan.
Memproses borang permohonan selepas tamat tarikh tutup permohonan.
Menyerahkan borang permohonan kepada jawatankuasa pemilihan.
Menghadiri mesyuarat jawatankuasa pemilihan.
Menghantar surat jawapan kepada ibu bapa.
Hantar laporan kepada PPD.
PENGURUSAN PRASARANA
Menyenaraikan pusat pembelajaran yang perlu diwujudkan.
Menyediakan pelan lantai kelas prasekolah.
Membuat susun atur perabot dan peralatan di setiap pusat.
Melabelkan pusat-pusat pembelajaran.
Menyediakan risalah tentang peralatan dan fungsi setiap pusat pembelajaran.
Memastikan keselamatan, kebersihan dan keceriaan setiap pusat pembelajaran.
Menyenaraikan lokasi untuk P&P di luar kelas prasekolah.
Menetapkan lokasi setiap kawasan P&P yang dirancang.
Memastikan semua peralatan di kawasan luar kelas berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.
Melaporkan kerosakan kepada pihak pentadbir.
Melabelkan semua peralatan.
PENGURUSAN KEWANGAN
Membuat anggaran perbelanjaan peruntukan prasekolah.
Menyenaraikan semua barang keperluan.
Membuat nota minta.
Berbincang dengan GB.
Mengisi borang pesanan.
Terima barang dan rekod dalam buku stok.
Membuat Anggaran Belanja Mengurus
(ABM Peruntukan Tahunan Prasekolah)
Peruntukan berdasarkan takwim/program prasekolah
Berbincang dengan Guru Besar
Membuat pembentangan ABM dalam Mesyuarat Pengurusan Prasekolah di peringkat sekolah
Menyimpan salinan ABM , satu salinan di pejabat dan satu salinan di sekolah
Memeriksa peralatan di luar dan dalam kelas prasekolah dari semasa ke semasa.
Menyenaraikan peralatan yang rosak.
Menyediakan laporan kerosakan.
Hantar laporan kepada pihak pentadbir.
Simpan di dalam fail sebagai rekod
PENGURUSAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID
Menerima senarai tugas PPM daripada GB.
Memberi penerangan tentang tugas dan tanggungjawab kepada PPM.
Membimbing PPM untuk melaksanakan tugasnya.
Memastikan PPM melaksanakan tugasnya dan menyemak laporan tugasan harian PPM.
Mengesahkan tugas yang telah dilakukan oleh PPM.
Menyenaraikan cadangan menu harian bersama PPM.
Menyusun jadual menu.
Menyediakan resepi menu yang dipilih sebagai rujukan PPM.
Serah resepi yang lengkap pada PPM.
Pamerkan menu di tempat yang sesuai.
PENGURUSAN HUBUNGAN KOMUNITI
Merancang Hari Terbuka Prasekolah mengikut takwim sekolah.
Memberi arahan kepada PPM untuk menyediakan surat makluman kepada ibu bapa.
Berbincang dengan ibu bapa tentang perkembangan murid.
Menyerahkan buku rekod profil murid kepada ibu bapa untuk ditandatangani.
Simpan buku rekod profil yang dikembalikan oleh ibu bapa.
BIDANG TUGAS UMUM
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarah dari semasa ke semasa oleh Pengarah Pendidikan, Timbalan Pengarah Pendidikan, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, PPD , Unit Prasekolah dan Guru Besar