Definisi Garisan
Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu
Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.
Fungsi Garisan
Garisan menimbulkan rupa.
Garisan menimbulkan bentuk.
Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
Garisan mewujudkan ruang.
Garisan menghasilkan jalinan.
Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
Garisan mewujudkan ton.
Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
Definisi rupa
Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar
Jenis Rupa
Rupa geometri = bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb.
Rupa organik = rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb.
Rupa boleh diolah dalam bentuk:
Rupa positif = rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan
Rupa negative = ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.
Fungsi Garisan
Garisan menimbulkan rupa.
Garisan menimbulkan bentuk.
Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
Garisan mewujudkan ruang.
Garisan menghasilkan jalinan.
Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
Garisan mewujudkan ton.
Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
Definisi Bentuk
Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim, dan mempunyai lebih daripada satu rupa.
Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D) Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.
Jenis Bentuk
Bentuk konkrit = bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar)
Bentuk ilusi = bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.
Fungsi Bentuk
Menjadi subjek matter
Melengkapkan karya
Mewujudkan kisah dalam karya.
Medium penyampaian estetika pengkarya.
Definisi Jalinan
Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.
Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.
Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.
Jenis Jalinan
Jalinan Sentuh
Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang
Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya
Jalinan Tampak
Merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
Fungsi Jalinan
Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang
Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut
Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding
Pengaliran air dan udara
Definisi Ruang
Ruang ialah jarak diantara dua objek, sama ada di ruang hadapan, diruang tengah ataupun diruang belakang.
Jenis Ruang
Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)
Jenis perspektif:
a. Perspektif 1 titik lenyap
b. Perspektif 2 titik lenyap
c. Perspektif 3 titik lenyap
Fungsi Ruang
Memberi ilusi kedalaman dalam karya seni, menjadikan objek kelihatan lebih realistik atau seolah-olah berada di dalam ruang tiga dimensi.
Memisahkan objek utama dari latar belakang untuk menekankan fokus utama dalam karya.
Menggunakan ruang kosong (negative space) untuk memberikan keseimbangan visual, dan ketenangan dalam komposisi.
Mewujudkan komposisi yang lebih dinamik melalui pengaturan ruang positif dan negatif.
Membantu dalam mencipta perspektif
Definisi Warna
Ruang ialah jarak diantara dua objek, sama ada di ruang hadapan, diruang tengah ataupun diruang belakang.
Jenis Warna
Warna asas/primer – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain)
Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’, Jingga ‘Kuning + Merah’ dan Ungu ‘Merah + Biru’)
Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder
Suhu warna:
Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb)
Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)
Fungsi Warna
Memberi emosi atau suasana dalam karya seni (contoh: warna merah untuk keghairahan, biru untuk ketenangan).
Menarik perhatian penonton ke elemen tertentu dengan menggunakan warna yang kontras atau cerah.
Menunjukkan perubahan mood atau peralihan dalam suasana (contoh: warna hangat untuk ceria, warna sejuk untuk damai).
Membantu dalam mengaitkan simbolik budaya tertentu (contohnya, putih untuk kesucian di kebanyakan budaya).
Mengatur keharmonian dalam komposisi melalui palet warna yang sepadan atau kontras.
Membantu menunjukkan masa dalam sehari atau musim (contoh: warna lembut untuk pagi, warna kuat untuk petang).
ADAKAH KAMU SUDAH MEMAHAMI APA ITU UNSUR SENI?
SILA PASTIKAN ANDA MEMAHAMI SEMUA UNSUR SENI SEBELUM MEMILIH "YA".