Penggunaan Google Site dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu perkara yang menjadi kebiasaan pada masa kini selaras dengan peredaran zaman yang kian maju. Penggunaan Google Site ini terbukti dapat membantu menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan interaktif dengan bantuan elemen-elemen multimedia.
Melalui penghasilan Google Site ini, antara kelebihan yang dapat diperoleh ialah murid dapat didedahkan dengan penggunaan teknologi pada masa kini dalam bidang pendidikan dan memastikan mereka didedahkan dengan teknologi ini. Hal ini penting bagi memastikan minda mereka sentiasa berkembang dengan perkara baharu. Bukan itu sahaja, murid-murid akan menjadi lebih seronok untuk belajar kerana terdapat pelbagai aktiviti yang berasakan penggunaan multimedia interaktif yang boleh dilakukan sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Dengan demikian, mereka tidak akan berasa bosan sewaktu PdP berlangsung.