SEJARAH SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN FELDA SERI SENDAYAN
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Seri Sendayan mula ditubuhkan pada 1 Januari 1964. Terletak dalam radius lingkungan Bandar Sri Sendayan dan juga Pangkalan Udara TUDM Sendayan serta kira-kira 13 km dari Bandar Seremban.
Sekolah ini menyediakan pendidikan khususnya kepada generasi peneroka Felda Sendayan dan penduduk sekitar.
Pada awal penubuhannya, sekolah ini telah diberi nama sebagai Sekolah Menengah Sendayan (SMS) dan kemudiannya telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sendayan (SMKSS).
Pada 30 Mac 1984, YB. Dato' Sulaiman bin Hj. Daud, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu telah merasmikan sekolah ini. Kini sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Seri Sendayan (SMKFSS).
Pengetua pertama sekolah ini adalah En. Abdul Aziz Bin Abd. Kadir (1.1.1965-31.12.1972). Sehingga kini, seramai 16 orang pernah menjadi pengetua sekolah ini, termasuklah pengetua yang terkini, En. Shafie Bin Hj. Mohd Noor.
Beberapa perubahan penambahbaikan infrastruktur dan prasarana sekolah bagi memberi kemudahan yang lebih baik buat seluruh warga sekolah.
Selain itu, antara perkara baharu hasil cetusan idea Tuan Pengetua,En. Shafie Bin Hj. Mohd Noor termasuklah mencungkil bakat serta kelebihan setiap guru yang ada di SMK (Felda) Seri Sendayan ini melalui penubuhan kluster-kluster tertentu.
Semasa dunia mengalami masalah pandemik Covid-19 di mana sesi persekolahan diarahkan ditutup bagi mengelakkan penyebaran wabak berterusan, Tuan Pengetua En. Shafie Bin Hj. Mohd Noor telah berusaha untuk mengadakan mesyuarat secara dalam talian iaitu dengan menggunakan aplikasi Google Meet.
Bermula dengan mesyuarat-mesyuarat guru, kemudian diikuti dengan pembelajaran dalam talian bersama murid. Pelbagai medium dalam talian yang digunakan seperti Google Meet, Zoom, Telegram, WhatsApp dan lain-lain lagi.