LATAR BELAKANG

Sekolah Kebangsaan Polis Kem telah menggunakan ERPH ini bermula pada Mac 2020. Ketika itu hanya 30 orang guru sahaja yang berminat untuk menyahut cabaran menggunakan eRPH ini. Tetapi pada tahun 2021 iaitu tahun kedua seramai 62 orang guru yang berminat untuk menggunakan eRPH sebagai medium penghantaran rancangan mengajar mereka.  Medium yang digunakan ketika itu ialah Google Classroom dan format rancangan mengajar adalah mengikut ketetapan panitia masing-masing.

Melangkah lebih ke hadapan, bagi Penggal 1/2022 semua guru SKPK diminta untuk menggunakan eRPH.  Oleh itu, One Stop Centre eRPH ini dibina bertujuan untuk membantu semua warga Sekolah Kebangsaan Polis Kem. Segala video panduan dan sebarang informasi terkini mengenai eRPH akan disalurkan melalui site ini.  Bagi Penggal 1/2023 penggunaan eRPH ini diselaraskan kepada semua panitia. Oleh itu, pihak admin telah memilih tapak yang telah dibina oleh eDIDIK Malaysia dan amat bersesuaian dengan sekolah transformasi ( TS25 ).

Tapak yang digunakan untuk medium yang telah dipilih SKPK dalam eRPH 2022 ialah Google Classroom, Google Sheet dan Google Drive. 

Surat Pekeliling Ikhtisas 

Kementerian Pendidikan Malaysia

Surat Galakan Penggunaan eRPH

JPN Johor