DIGITAL HUNT
DIGITAL HUNT
APAKAH DIGITAL HUNT?
Digital Hunt ialah pertandingan orienteering digital yang menggabungkan elemen teknologi, kerjasama, dan kemahiran berfikir aras tinggi. Peserta — terdiri daripada murid sekolah menengah dan rendah — akan menggunakan peranti digital seperti telefon pintar atau tablet untuk menyelesaikan tugasan, menjawab soalan, dan mencari lokasi berdasarkan petunjuk yang diberikan secara dalam talian.
Pertandingan ini dijalankan secara individu dan berpasangan, dengan setiap peserta perlu menggabungkan strategi, pengetahuan digital, serta kemahiran navigasi untuk melengkapkan misi dalam masa yang ditetapkan.
Digital Hunt bukan sahaja menguji kecekapan peserta dalam teknologi maklumat, tetapi juga memupuk semangat kerjasama, ketepatan, dan daya saing sihat dalam suasana yang menyeronokkan dan interaktif.
Ingin menguji kemahiran dalam penggunaan ‘digital’. Mari beramai-ramai menyertai pertandingan orienteering yang berkonsepkan penggunaan telefon menggantikan ‘puncher’ yang digunakan sebelum ini. Pertandingan yang membawa pengalaman baru kepada semua. Jika berminat pihak sekolah boleh lah mendaftar seperti syarat yang telah ditetapkan seperti di dalam poster. Penyertaan adalah terhad keutamaan akan diberikan kepada yang mendaftar awal mengikut kuota PPD masing-masing. Cepat… cepat mendaftar sebelum terlambat… Tarikh pertandingan seperti di bawah
TARIKH : 2 NOVEMBER 2025
TEMPAT : SMKA AL- IRSYAD, POKOK SENA KEPALA BATAS
MASA : 8 PAGI*
*KITA JUMPA DI SANA *