SK Permatang Badak telah dibuka pada Januari 1960. SK Permatang Badak merupakan sekolah Gred A Luar Bandar, yang terletak di Mukim Kuala Kuantan. Jarak sekolah ke pusat bandar lebih kurang 10km. SK Permatang Badak terletak di tengah-tengah dua jalan utama. Kedudukan yang strategik ini menjadikan SK Permatang Badak menjadi pilihan pertama oleh penduduk setempat.
Menjelang tahun 2021, SK Permatang Badak berkembang menjadi sekolah yang disegani di Daerah Kuantan. Kini, SK Permatang Badak dipimpin oleh En. Saizilaruni Bin Mohd Sidek. Beliau merupakan seorang Guru Besar yang amat komited berpengalaman dan berdedikasi. Sekolah ini mempunyai 56 orang guru terlatih, 8 orang AKP , 6 orang staf kebersihan dan 4 pengawal keselamatan. Jumlah murid sehingga kini 999 orang murid. Murid-murid terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga seperti Golongan Profesional, Penduduk Taman Perumahan dan Penduduk Kampung yang berhampiran dengan kawasan sekolah.
Visi sekolah ini adalah “ Pendidikan berkualiti, Insan terdidik, Negara sejahtera. Misi sekolah ialah “ Melestarikan sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara”. Dalam usaha mencapai visi dan misinya, SK Permatang Badak tidak pernah berhenti untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan yang menjadi aspirasi. Untuk merealisasikan agenda ini, SK Permatang Badak tetap berhadapan dengan pelbagai kesukaran untuk merealisasikan visi dan misi tersebut yang memerlukan penyelesaian secara kolektif.
SK PERMATANG BADAK
25150 KUANTAN PAHANG