Pada akhir sesi pengajaran, secara keseluruhannya saya mendapati hasil pembelajaran tercapai di mana murid dapat menyatakan apa itu perpaduan dan kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat serta langkah meningkatkan perpaduan.  Selain itu, penggunaan laman web Google Sites bagi proses pengajaran dan pembelajaran ini juga memberi banyak manfaat kepada murid-murid contohnya murid tidak merasa bosan semasa belajar.  

Namun demikian, terdapat juga kelemahan apabila melakukan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam Google Sites ini contohnya, murid membuka laman web lain dan sebagainya.  Oleh itu, penambahbaikan perlu saya lakukan bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.