Kursus ini berfokus kepada teknologi pendidikan dan teknologi pengajaran bagi membolehkan pelajar menangani tuntutan perkembangan teknologi terkini bersesuaian dengan kepelbagaian persekitaran pembelajaran. Pelajar akan memperoleh pengetahuan dan pemahaman tentang konsep teknologi pendidikan dan teknologi pengajaran, piawaian ISTE dan pertimbangan untuk pengintegrasian teknologi secara bermakna. Pelajar juga akan mendapat pendedahan tentang perkembangan terkini teknologi serta memahami isu dan cabaran dalam pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kursus ini juga ditawarkan agar pelajar dapat memperoleh pengetahuan dan pemahaman mengenai reka bentuk pengajaran, media pengajaran dan sumber dalam talian, dan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tersebut dalam pembangunan persekitaran pembelajaran multimedia interaktif yang sesuai dengan trend terkini.
1. Teknologi Pendidikan dan Teknologi Pengajaran
Konsep & Peranan
Piawaian ISTE (International Society for Technology in Education)
Pertimbangan untuk pengintegrasian teknologi secara bermakna dalam PdP
2. Reka Bentuk Pengajaran
Konsep & Peranan
Model Integrasi Teknologi
Model Reka Bentuk Pengajaran
Penggunaan model reka bentuk pengajaran untuk merancang pengajaran yang mengintegrasikan teknologi
3. Media Pengajaran dan Sumber dalam Talian
Konsep & peranan
Objek sebenar atau manipulatif
Objek Pembelajaran Digital (OPD)
Sumber Dalam Talian
Teknik Pengintegrasian
Penilaian kesesuaian dan keberkesanan pengajaran dan sumber dalam talian
4. Pembangunan Objek Pembelajaran Digital
Konsep & Peranan
Visual
Video
Audio
Pentaksiran dalam Talian
Tapak Pembelajaran dalam Talian
5. Multimedia Interaktif dalam PdP
Konsep & Peranan
Elemen Multimedia
Teori dan prinsip pembelajaran multimedia
Prinsip reka bentuk dan reka letak skrin (CASPER)
Pembangunan persekitaran pembelajaran multimedia interaktif
6. Persekitaran Pembelajaran dalam Talian
Konsep dan peranan
Mod penyampaian
Live Streaming dalam pendidikan
Peranan pendidik dan pelajar dalam persekitaran pembelajaran dalam talian
7. Perkembangan Teknologi Terkini
Perkembangan teknologi terkini
Gamifikasi
Revolusi Industri
Impak perkembangan terkini teknologi terhadap pendidikan
8. Isu dan Cabaran Pengintegrasian Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Peranan pelajar sebagai warganegara digital
Isu pengintegrasian teknologi
Cabaran pengintegrasian teknologi