PROJEK PEMBELAJARAN MAYA ADALAH BERKONSEPKAN DIGITAL LEARNING YANG MENGGUNAKAN SEPENUHNYA PERALATAN CANGGIH SEPERTI KOMPUTER RIBA, TELEFON PINTAR, DAN DATA INTERNET YANG PANTAS! TERDAPAT BANYAK APLIKASI DIGITAL YANG MAMPU MENARIK PERHATIAN MURID UNTUK LEBIH MINAT TERHADAP PDPC DI DALAM KELAS, SAMADA SECARA BERSEMUKA ATAU PDPR. ANDA AKAN DIBERIKAN INFORMASI AMALAN TERBAIK OLEH PENYELARAS BAHAGIAN INI MELALUI "TERAP TV", TUTORIAL, KURSUS LDP, TAKLIMAT, PLC DAN SEBAGAINYA UNTUK MEMBANTU ANDA SUPAYA DAPAT BERSAMA-SAMA MEMAJUKAN DIRI DALAM PDP SECARA MAYA, PENGETAHUAN ICT ANDA AKAN BERADA DITAHAP PALING MAKSIMUM JIKA ANDA MAHU DAN BERANI MENCUBA! CABAR DIRI UNTUK MENGUASAI BIDANG YANG MENARIK INI SUPAYA SELARI DENGAN PEREDARAN ZAMAN. PAGE INI AKAN DI "UPDATE" DARI MASA KE SEMASA. TERUS KEKAL BERSEMANGAT YAA! KITA JAGA KITA!!
USTAZAH SITI NOORAINA
JOM EXPLORE BEBERAPA APLIKASI BERIKUT KETIKA PDPR!! ANDA AKAN MENGALAMI KETERUJAANNYA!!
click Logo untuk menggunakan aplikasi ini WHEEL OF NAMES
Rasa bosan bila google meet dan murid tak respon? apa kata anda cuba aplikasi ini, paste nama semua murid yang bersama anda ketika sesi live berlansung kemudian buat pusingan nama mereka sambil bersoal jawab!! berikan penghargaan dengan menyebut nama murid. Mereka pasti sukakan kelas anda!
click Logo untuk menggunakan aplikasi ini WORDWALL
Seronok jika kelas meriah dengan permainan kan? anda boleh gunakan aplikasi ini. PDPR anda akan lebih menarik dan kreatif, ajak murid anda untuk bersama-sama menjawab kuiz dalam bentuk "game". jika anda sedang membuat kelas secara langsung (live) anda akan dapat melihat respon murid-murid anda sangat positif kerana mereka seronok belajar sambil bermain permainan dengan menjawab soalan mata pelajaran anda di sini..
click Logo untuk menggunakan aplikasi ini LIVEWORKSHEETS
ingin menguji kefahaman murid anda dengan bentuk ujian digital. gunakan aplikasi ini. anda dapat membuat soalan dan menyebarkan kepada murid anda secara digittal. konsep "drag" jawapan, isi tempat kosong dan pelbagai "style" pentaksiran dapat dijana dalam aplikasi ini. cuba laa!
click Logo untuk menggunakan aplikasi ini CANVA
Mudahnya jika anda ingin membuat nota yang cantik, poster, editing gambar, sijil dan pelbagai jenis suntingan design infografik! penyebaran maklumat melalui image yang menarik akan membuatkan murid anda teruja untuk terus membaca serta meminati matapelajaran anda. cuba sendiri, baru tahu kehebatan aplikasi ini!
click Logo untuk menggunakan aplikasi ini KAHOOT
Jika anda ingin mencipta permainan berdasarkan mata pelajaran anda sendiri, gunakan aplikasi ini. anda juga dapat membuat pertandingan berbentuk kuiz dengan aplikasi ini. murid pasti teruja kerana anda boleh menguji pengetahuan mereka dalam bentuk task dan cabaran!! pasti meriah jika anda gunakan aplikasi ini sambil sesi live berlansung!
click Logo untuk menggunakan aplikasi ini AUTOCRAT
Nak hantar sijil digital automatik? atau keputusan peperiksaan? markah murid, laporan dan sebagainya secara automatik? YES inilah aplikasinya..ia dapat menjana data. Anda hanya perlu sedikit pengetahuan dalam google sheet dan google drive untuk "add extension" bagi aplikasi ini. Senang.. tak payah taip nama seorang demi seorang murid untuk menjana sijil atau sebagainya!
click Logo untuk menggunakan aplikasi ini I LOVE PDF
Sekiranya anda ingin "convert" pdf kepada microsoft word, power point, excell atau sebagainya, inilah aplikasi yang sesuai. online converter yang percuma ini membolehkan anda membuat suntingan terhadap pdf yang telah di simpan! cubalah aplikasi ini supaya memudahkan urusan anda dalam membuat suntingan file yang telah menjadi pdf..
click Logo untuk menggunakan aplikasi ini WhatsApp
Aplikasi ini sudah semestinya menjadi kewajipan kepada semua guru-guru. kita dapat berkomunikasi secara dua hala dengan murid-murid. Guru dapat membina
'group' secara digital dan dapat memberi pelbagai informasi kepada murid. Panggilan suara dan juga panggilan secara video dapat dilakukan dengan mudah menggunakan aplikasi ini.
click Logo untuk menggunakan aplikasi ini AUTOCRAT
Aplikasi ini sama seperti whatsApp, namun lebih menarik kerana panggilan video sehingga 30 orang dalam satu masa! kita dapat berkomunikasi secara dua hala dengan murid-murid. Guru dapat membina
'group' secara digital dan dapat memberi pelbagai informasi kepada murid. Panggilan suara juga dapat dilakukan sama seperti whatsApp.. canggihnya semua data tidak akan hilang dan dapat login dalam pelbagai medium tanpa sekatan storage!!