Kata-Kata Aluan Pengetua

TUAN HAJI AB AZIZ BIN AHMAD

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين.


Selamat Datang ke E-SEMAWAR. E-SEMAWAR adalah Pusat Pengumpulan Data Sekolah. Ianya diwujudkan bagi menterjemah kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dengan menjadikan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa serta memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. E-SEMAWAR sebagai alat sokongan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara maya, di samping ianya mempunyai ciri-ciri mudah guna, senang diakses, khidmat sokongan teknikal, penilaian dan pelaporan, boleh diintegrasi dengan aplikasi lain, keselamatan dan privasi serta serasi mudah alih. Antara perkhidmatan yang disediakan dalam E-SEMAWAR adalah :

  • e-SMK AGAMA BANDAR PENAWAR (Dokumen-Dokumen)

  • e-Kehadiran PDPR

  • e-Kehadiran Kokurikulum

  • e-Tempahan Bilik-Bilik Khas

  • e-Laporan Program & Aktiviti mengikut format SPSK

  • e-Laporan Aktiviti Kokurikulum

  • e-Minit Curai mengikut format SPSK

  • e-Maklum Balas Minit Mesyuarat mengikut format SPSK

  • e-Pelaporan PLC (Professional Learning Community)

  • e-Penilaian SUMUR (Sahsiah Unggul Murid)

  • e-Semak Slip Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

  • e-Semak Markah Ujian dan Peperiksaan

Mudah-mudahan ianya dapat membantu guru-guru dan AKP dalam menyiapkan pelbagai laporan.


Sekian, terima kasih.

وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.


Saya Yang Menjalankan Amanah

AB. AZIZ BIN AHMAD

Pengetua

SMK Agama Bandar Penawar