Kursus: PAKK3682 – Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Penjanaan Idea Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran PAKK
Membolehkan pelajar memahami proses penjanaan idea inovasi dalam PdP Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Menerapkan kemahiran berfikir kreatif dan kritis melalui penggunaan alat penjanaan idea.
Menghasilkan kertas cadangan ringkas inovasi PdP yang praktikal dan relevan dengan keperluan semasa.
Pelajar dikehendaki menyediakan tugasan bertulis berdasarkan empat komponen utama berikut:
Analisis Keperluan dan Kehendak
Kenal pasti isu/masalah PdP kanak-kanak di prasekolah atau tadika.
Jelaskan mengapa isu tersebut perlu ditangani.
Sertakan justifikasi dengan merujuk teori pembelajaran atau kajian lepas.
Penggunaan Alat-alat Penjanaan Idea
Gunakan sekurang-kurangnya satu (1) alat penjanaan idea seperti brainstorming, mind map, SCAMPER, atau design thinking.
Tunjukkan hasil (contoh rajah mind map atau senarai idea).
Pengenalpastian dan Pemilihan Inovasi
Senaraikan beberapa cadangan inovasi berdasarkan hasil penjanaan idea.
Pilih satu inovasi terbaik dan jelaskan sebab pemilihan (kriteria: relevan, kos efektif, menarik, menyokong perkembangan kanak-kanak).
Penyediaan Kertas Cadangan Ringkas (aktiviti e-pembelajaran)
Sediakan draf cadangan (2–3 muka surat)/poster/infografik yang mengandungi:
Pengenalan isu/masalah
Objektif inovasi
Justifikasi inovasi
Metodologi pelaksanaan (termasuk uji lari dan penambahbaikan)
Anggaran kos & sumber
Jangkaan impak kepada kanak-kanak, guru dan PdP
Kaedah penilaian inovasi