Nama : Tu Siw Hee
Kumpulan : PPRPSV2-1
Tajuk : Harmoni Corak Warisan
Jenis Cetakan: Cetakan Timbulan (Lino)
Media : Papan Lino, Dakwat Cetakan, Roller Sekuji
Dimensi : 75sm × 45 sm
Tahun : 2025
Pensyarah : ENCIK AZIZEE BIN AMIN
SIPNOSIS
Karya ini diinspirasikan daripada corak motif pakaian tradisional, menggunakan elemen simetri serta warna kontras hitam dan kuning untuk menyerlahkan reka bentuk unik. Ia mencerminkan hubungan harmoni antara manusia dan alam melalui gabungan elemen flora dan bentuk abstrak. Garis beralun dan motif berpintal dalam karya ini menggambarkan warisan budaya serta nilai estetika yang penuh makna dan simbolisme.
Canva ialah platform reka bentuk grafik dalam talian yang membolehkan pengguna mencipta pelbagai jenis reka bentuk, termasuk karya seni cetakan seperti poster, kad jemputan, risalah, brosur, dan banyak lagi. Dengan antara muka yang mesra pengguna serta koleksi templat dan elemen reka bentuk yang luas, Canva memudahkan pengguna dari pelbagai latar belakang, sama ada pemula atau profesional, untuk menghasilkan karya seni berkualiti tinggi.
PicsArt Color ialah aplikasi lukisan digital yang membolehkan pengguna mencipta seni digital dengan mudah menggunakan pelbagai alat seperti berus lukisan boleh suai, lapisan (layers), roda warna yang luas, dan kesan khas. Dengan antara muka yang mesra pengguna, aplikasi ini sesuai untuk pemula serta artis profesional yang ingin melukis, mewarna, atau mencipta ilustrasi digital terus dari peranti mudah alih mereka.