SELAMAT DATANG KE LAMAN MODUL PENDIDIKAN KERJAYA STEM
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)
Â
Modul Pendidikan Kerjaya STEM ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan sebagai bahan rujukan dan latihan yang bersifat interaktif untuk menyokong pelaksanaan program bimbingan kerjaya di sekolah. Modul ini bertujuan membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dalam merancang serta melaksanakan aktiviti bimbingan kerjaya yang berfokus kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), selaras dengan aspirasi nasional untuk memperkukuh enrolmen dan minat murid terhadap laluan pendidikan kerjaya berasaskan STEM.