TPACK ialah singkatan kepada Technological Pedagogical and Content Knowledge (Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan).
TPACK merupakan satu kerangka kerja (framework) yang digunakan oleh guru untuk mengintegrasikan teknologi secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Model ini menekankan bahawa pengajaran yang berkesan menggunakan teknologi memerlukan gabungan tiga jenis pengetahuan utama secara harmoni:
Content Knowledge (CK) – pengetahuan tentang isi kandungan atau subjek.
Pedagogical Knowledge (PK) – pengetahuan tentang kaedah mengajar.
Technological Knowledge (TK) – pengetahuan tentang penggunaan alat, perisian atau teknologi dalam PdP.
Apabila ketiga-tiga aspek ini digabungkan secara seimbang, barulah teknologi dapat dimanfaatkan secara bermakna dan berkesan dalam bilik darjah.
Pada akhir sesi PdP, murid dapat:
Mengenal pasti dan mengelaskan kata ganti nama (diri dan tunjuk) dengan betul berdasarkan aktiviti pengajaran yang diberikan.
Membina ayat mudah menggunakan kata ganti nama melalui bahan pengajaran digital yang disediakan.
Kata Ganti Nama Diri Tanya: siapa, apa, mana
Kata Ganti Nama Diri Orang: saya, awak, dia, kami, mereka
Kata Ganti Nama Tunjuk Umum: ini, itu
Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat: sini, situ, sana
Kaedah penyelesaian masalah dan inkuiri digunakan.
Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan menjalankan aktiviti penemuan melalui permainan bahasa dan kuiz digital.
Murid bekerjasama menyelesaikan tugasan dan berkongsi jawapan secara interaktif.
Pendekatan ini mendorong komunikasi aktif, penerokaan kendiri, dan pembelajaran secara sosial yang menyokong pelbagai tahap kebolehan murid.
Guru menyampaikan isi kandungan melalui video ringkas interaktif, kad imbas digital, dan pembelajaran berasaskan permainan bahasa.
Bahan pembelajaran dipermudah menggunakan visual yang menarik serta aktiviti berpusatkan murid agar mudah difahami terutama bagi murid tahap satu.
Canva memudahkan murid melihat perbezaan jenis kata ganti nama melalui warna dan susun atur visual.
Quizziz, Blooket dan Gimkit membantu murid mengenal pasti penggunaan kata ganti nama dalam ayat dengan menyediakan soalan berstruktur secara automatik dan responsif.
YouTube memberi konteks sebenar penggunaan dalam bentuk lakonan situasi kehidupan harian.
Padlet digunakan sebagai platform pembelajaran koperatif, membolehkan murid menyumbang idea secara terbuka dan serentak.
Quizizz, Blooket dan Gimkit membolehkan guru menilai serta memberi maklum balas segera terhadap pemahaman murid secara gamifikasi.
Teknologi digunakan untuk menyokong pendekatan pengajaran berasaskan penerokaan dan interaksi kendiri.
Aktiviti yang dirancang menggabungkan kandungan (jenis kata ganti nama), pedagogi (penyelesaian masalah dan inkuiri), serta teknologi (Canva, Quizziz, Blooket, Gimkit dan Padlet). Ini membentuk satu pengalaman PdP yang menyeronokkan, interaktif dan bermakna. Murid bukan sahaja memahami konsep tetapi juga dapat menggunakannya secara aktif dan kreatif.