MAKLUMAT PERTANDINGAN
MAKLUMAT PERTANDINGAN
Pertandingan Digital Storytelling Animation (DSTA 2024) dianjurkan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Sektor Sumber dan Teknologi, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPNPs) sebagai tuan rumah. Pertandingan ini telah dijalankan bermula pada tahun 2013 - hingga kini dan menjangkau tempoh 10 tahun pelaksanaannya.
Objektif DSTA 2024 ialah untuk:
Memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran murid dalam penghasilan bahan animasi kreatif;
Mencungkil bakat murid dalam pembinaan dan penghasilan bahan animasi kreatif;
Mewujudkan hubungan kerjasama antara murid dan guru dalam merancang, mengurus, merekabentuk dan menghasilkan bahan animasi kreatif; dan
Menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan murid melalui pertandingan yang merangsang minda kritis dan kreatif.
DSTA 2024 bermula pada 22 April 2024. Hasil produksi video animasi setiap pasukan sekolah perlu dihantar sebelum atau pada 24 Jun 2024 dilanjutkan ke 12 Julai 2024.
Pada tahun ini tema yang dipilih adalah MURID FASIH DIGITAL sempena Teras 1 dalam Dasar Pendidikan Digital, KPM bagi menyokong lebih banyak bahan kreatif dan interaktif dihasilkan.
KELAYAKAN PERTANDINGAN
Terbuka kepada sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia berumur 7 tahun hingga 17 tahun (Tingkatan 6 tidak boleh menyertai pertandingan ini).
Setiap sekolah boleh menghantar lebih dari satu pasukan dan TIADA HAD untuk penyertaan.
Setiap sekolah diwakili oleh kumpulan yang dianggotai oleh 3 (tiga) orang murid dan seorang guru pembimbing.
Pihak penganjur berhak MENOLAK penyertaan mana-mana kumpulan yang melebihi jumlah anggota yang ditetapkan.
Kategori yang dipertandingkan adalah:
a) Kategori Stop Motion dan 3D
b) Kategori Lukisan / Animasi 2D
c) Kategori AI ( Kecerdasan Buatan )
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diplagiat serta gagal mematuhi syarat pertandingan.
Hasil produksi yang dikemukakan mestilah tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan.
Kerjasama dengan mana-mana PRODUKSI LUAR baik dari segi peralatan, penggambaran, suara latar dan lain-lain yang berkaitan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Hasil produksi hendaklah daripada penglibatan ahli kumpulan sahaja.
Bahan yang dihasilkan hendaklah tidak menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman, politik atau merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu serta tidak menyinggung mana-mana pihak.
Penggunaan runut bunyi, muzik, animasi, gambar, logo, suara latar dan lain-lain media hak cipta serta tanda perniagaan tanpa kebenaran adalah dilarang.
Hakcipta adalah hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM berhak menggunakan produksi tersebut seperti menerbitkan, mengeluarkan, memaparkan, mengedarkan, menyunting semula dan menayangkan semua hasil karya yang dihantar di laman sesawang, pameran, mana -mana platform media atau media sosial Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tujuan promosi dan sebagainya.
Semua animasi yang dihasilkan TIDAK DIBENARKAN disiar di mana-mana platform media sosial seperti Youtube, Tiktok, Facebook, Instagram dan lain-lain. Penyiaran animasi tersebut hanya akan dibuat di YouTube penganjur sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran pada syarat ini, penyertaan akan dibatalkan.
Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Durasi masa video animasi yang dihasilkan tidak melebihi 5:00 minit termasuk intro, kredit dan di sebalik tabir.
Format yang dibenarkan adalah MOV, MPEG4, MP4, AVI atau MPEG-PS.
Aspect ratio video animasi adalah 16:9 sahaja.
Peserta wajib menghasilkan animasi dalam Bahasa Melayu sahaja.
Bahan animasi yang dihasilkan perlu mempunyai kualiti gambar dan audio yang baik serta jelas.
Pengunaan KESAN KHAS dibenarkan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.
Upload hasil suntingan video dan storyboard ke dalam Google Drive, open sharing to anyone with the link, click viewer, copy link and then paste the link di borang penyertaan. (Video TIDAK DIBENARKAN dimuatnaik dalam mana-mana platform Media Sosial). Format Nama video : DSTA 2024_NamaKumpulan_NamaSekolah.
KRITERIA PEMARKAHAN
VIDEO PRESENTATION / VIDEOGRAFI/SUNTINGAN (40 MARKAH)
TEKNIK ANIMASI / WATAK (25 MARKAH )
PENATAAN AUDIO (15 MARKAH)
STORYBOARD/PAPAN CERITA (10 MARKAH)
INTRO, KREDIT DAN DISEBALIK TABIR/BEHIND THE SCENE. (5 MARKAH)
WOW FACTOR (5 MARKAH)
TEMPLATE STORYBOARD
Ini adalah cadangan template storyboard. Template yang bersesuaian selain daripada template ini masih boleh digunakan.