*GARIS MASA INI TELAH DIUBAH KEPADA TARIKH YANG BAHARU
1. Berbentuk penceritaan dalam animasi grafik.
a. Mempunyai papan cerita (storyboard) - iaitu mempunyai plot penceritaan, penggabungan watak, latar belakang, rentetan peristiwa serta sebab dan akibat.
b. Mempunyai bunyi latar sama ada adunan muzik, bunyi, voice-over atau kesemua/sebahagian daripadanya.
c. Tempoh tayangan adalah antara 3 hingga 5 minit (termasuk intro, montaj dan penghargaan).
d. Karya mestilah asli dan bukan tiruan atau diplagiat dari mana-mana karya yang sudah diterbitkan. Setiap runut bunyi yang mempunyai hakcipta terpelihara, butiran penerbit, pelantun dan pencipta runut bunyi tersebut perlu mendapat kebenaran bertulis dan dinyatakan dengan jelas dalam animasi tersebut.
e. Karya adalah ciptaan asal peserta dan tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan animasi atau yang sepertinya.
f. Berteraskan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
g. Bersesuaian untuk penggunaan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
h. Tidak menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman, politik atau merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu.
i. Karya hanya boleh dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.